Farrel & Anggun |60

23.4K 626 36
                                    

Habis saja shooting untuk satu produk kecantikan, Rania mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Sejak kebelakangan ini dia merasakan seolah-olah gerak gerinya sedang diperhatikan oleh seseorang.

Jam sudah menginjak ke angka 1 pagi. Dia pulang lewat atau dia tidak pulang langsung, Megat Aaron bukannya kisah atau ambil peduli. Kereta diparkir agak jauh sedikit. Kawasan ini juga agak sunyi. Entah kenapalah kru produksi syarikat produk kecantikan itu memilih lokasi sebegini.

Seperti biasa, Rania merasakan langkahnya sedang diekori. Dia menoleh ke belakang sejenak. Aik tiada! Mungkin mainan perasaan. Dengan pantas dia mempercepatkan langkahnya.

Sedang tangannya teraba-raba mencari kunci di dalam tas tangannya, dia ditegur oleh seseorang dari arah belakang.

"Hello, cik Rania. This is a gift for you."

Splash!

"Arghhhhhhhhhhhhhhhh!"

Rania terus terduduk. Dia memegang mukanya yang terkena simbahan asid itu.

Pedih

Panas

Sakit

Itulah yang dia rasakan ketika ini. Rania menggelupur kesakitan. Sudahlah tiada siapa disekitarnya yang dia boleh minta tolong. Terketar-ketar tangannya mencapai telefon pintar miliknya.

Nombor suaminya, Megat Aaron didail beberapa kali. Namun hampa, panggilannya tidak berjawab. Rania menangis semahunya disitu. Dia terus mendail nombor daddy nya.

Sekali deringan, panggilannya terus diangkat oleh sang bapa.

"D-da-daddy, t-to-tolong R-rania."

Buk!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buk!

Satu tumbukan padu dilayangkan tepat dimuka Megat Aaron. Tersungkur ke lantai Megat Aaron dibuatnya. Ada cecair hangat mengalir dari hujung bibirnya. Megat Aaron menolak pipi dengan lidahnya.

"Kau ni suami jenis apa ye? Sanggup kau biarkan isteri kau dalam keadaan macam tu." Herdik Dato' Mukhriz. Dia sudah tidak mampu bertahan lagi melihat layanan Megat Aaron pada anak tunggalnya itu.

"Apa salah Aaron? Dia keluar tanpa izin Aaron. So, dia terimalah padahnya. Seorang isteri keluar hingga lewat malam. Boleh ke?" Selar Megat Aaron.

"Kurang ajar!"

"Riz sabar Riz!" Puan Maimun pantas menahan Dato' Mukhriz dari terus membelasah anaknya.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now