Farrel & Anggun |71

18.5K 650 69
                                    

"Sayang, jangan buat kerja rumah ye. Sayang rehat je. Abang akan monitor sayang dari CCTV. Kalau kantoi sayang buat kerja, siap sayang." Tengku Farrel menitipkan pesanan kepada isterinya untuk kali yang entah ke berapa.

Sikap keras kepala Adelina semakin menjadi-jadi sejak mengandung. Itu yang membuatkan dia risau untuk meninggalkan Adelina. Tapi dek tuntutan tugas hakiki sebagai pengarah syarikat, dia harus berkorban buat seketika.

"Ye abang. Anggun janji. Dah berapa kali abang berpesan ni."

"Isteri abang ni kena selalu ingatkan. Kalau tak memang dia suka buat hal." Tengku Farrel mencium puncak hidung mancung milik sang isteri sehingga Adelina mengekek ketawa.

"Ingat tu. Apa yang abang pesan." Pesannya sekali lagi.

"Ye abang. Anggun ingat. Anggun tak akan buat kerja. Eh tapi ada satu benda yang Anggun rasa Anggun akan buat." Kata Adelina sambil mengetik jarinya. Saja nak mengusik suaminya. Asyik Tengku Farrel saja yang mengusiknya.

Haaa ini yang membuatkan darah Tengku Farrel perlahan-lahan mendidih. Dia merenung tajam wajah isterinya yang sedang tersenyum nakal itu.  Tengku Farrel pantas memicingkan matanya.

"Don't you dare, sayang. Abang dah warning kan. Boleh tak jangan nak keras kepala?" Suara Tengku Farrel naik seoktaf. Adelina suka menggasak emosinya untuk marah.

"Ish abang ni. Laju je nak marah. Dengar la dulu apa Anggun nak cakap ni." Adelina mengulum senyum. Dia tidak terkesan sedikit pun dengan renungan tajam suaminya itu.

"Apa sayang?" Soal Tengku Farrel. Nada suaranya masih keras kedengaran.

"Anggun nak tidur seharian. Itulah kerja yang Anggun nak buat nanti." Kata Adelina sebelum dia tertawa kecil.

"Oh my god. Nakal betullah isteri abang ni. Eee geram." Bibir isterinya terus digigit manja. Adelina punya hanya mampu ketawa. Seronok dapat mengenakan suaminya.

Tengku Farrel terus menanggalkan butang di kemejanya satu per satu. Tali pinggang yang berlilit di pinggang juga dirungkai sebelum dicampak ke lantai.

Jantung Adelina sudah mula berdegup kencang. Dia tahu apa yang suami dia ingin lakukan.

"Abang nak buat apa ni? Kenapa tanggalkan butang baju?" Kalut-kalut Adelina bertanya. Dia mengundur ke belakang setapak demi setapak. Gerunnya!

"Nak hukum sayang sekejap sebab nakal sangat." Tengku Farrel terus mara ke arah isterinya yang sudah beriak ketakutan itu. Dia terus meraih sisi pinggang Adelina dan menarik badan isterinya mendekat ke arahnya.

"Alaaa jangan la macam ni. Nanti lewat sampai office."

"That company belongs to me sayang. Nobody will say anything to me kalau abang lambat."

Tidak menunggu lama, terus badan kecil isterinya dicempung dan dibawa ke katil.

"Abang, tak nak la.."

"Shhh don't say anything. Just relax and enjoy it. Let me do everything." Bisiknya dengan nada menggoda sebelum dia menindih badan isterinya perlahan-lahan.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now