Farrel & Anggun |58

19.9K 651 35
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha

"Abang kita nak pergi mana ni abang?" Pandangan Adelina meliar ke sana. Seram sejuk dia dibuatnya. Mereka berada di satu tempat yang asing, sunyi dan gelap gelita. Hanya bunyi cengkerik yang bersahutan, memecah kesunyian malam. Adelina menggenggam tangan suaminya sedikit kuat. Seram sejuk dia dibuatnya. Bulu romanya juga sudah mula meremang.

"Don't be scared, sayang. Abang ada." Pinggang Adelina dirangkul.

"Tapi kita nak ke mana ni abang? Sunyi je tempatnya. Jom lah balik abang." Adelina memusingkan badannya. Dia berura-ura untuk masuk ke dalam kereta. Tak sanggup dia berlama-lamaan disitu.

"Hey hey hey, abang ada ni kan." Pinggang Adelina dirangkul dan ditarik supaya mendekat ke arahnya.

"Kita nak buat apa kat sini? Dengan Anggun kena dress up macam ni?" Adelina memandang dirinya yang berpakaian agak tidak sesuai dengan keadaan dan tempat.

Petang tadi dia diarahkan untuk bersiap-siap kerana Tengku Farrel akan membawanya ke suatu tempat. Bukan itu saja, ada hair stylist dan make up artist yang turut datang ke mansion untuk menata riasnya khas untuk malam ini.

"Mike.." Tengku Farrel meminta sesuatu dari Mike. Lelaki itu terus menghulurkan sesuatu kepada Tengku Farrel. Adelina memicingkan matanya. Ada satu kain satin berwarna merah sedang berada di atas telapak tangan suaminya.

Tengku Farrel bergerak ke belakangnya. Kain merah itu dibawa ke hadapan mukanya.

"Abang nak buat apa ni?" Kalut Adelina bertanya. Nampak gayanya macam dia akan di blindfold kan dengan kain tersebut.

"Shhh. Stay still. I have a suprise for you." Kain tersebut diikat di bahagian mata Adelina.

"Alaaa apa ni, kena tutup mata pula ni. Anggun nak balik. I'm scared." Jantungnya sudah berdebar sakan.

"Shhh keep quite sayang. Jom!" Tanganya terus digamit oleh tangan kekar sang suami. Mereka melangkah berganding secara perlahan-lahan.

"Careful sayang."

"Macam mana nak careful. Susahlah nak jalan macam ni."

Tanpa banyak bunyi, badan Adelina terus diangkat dan diletakkan di atas bahunya. Adelina pula terjerit kecil apabila dirasakan badannya seperti diawang-awangan.

"Arghhh abang!"

Pap!

Punggungnya ditampar oleh Tengku Farrel.

"Abang ni!"

Tengku Farrel terus mengunsung isterinya ke suatu tempat. Adelina hanya dapat mendengar derapan kaki suaminya saja. Dia memilih untuk diam.

Setelah beberapa ketika, dia diturunkan dari bahu Tengku Farrel. Kedengaran Tengku Farrel seperti sedang membuka pintu. Setelah itu, badan Adelina ditolak ke depan.

"After you, baby."

Mereka berjalan untuk beberapa ketika sebelum berhenti di satu tempat. Kain blindfold di mata Adelina dibuka perlahan. Keadaan masih sama. Sunyi. Gelap.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now