Farrel & Anggun |64

18K 656 49
                                    

Pejam celik pejam celik sudah 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Tengku Farrel mengelus lembut gambar isterinya yang berada diatas meja kerjanya. Arghh! Lambatnya nak pukul 5.30 petang! Dia tidak boleh pulang awal hari ini kerana sekejap lagi dia ada meeting dengan daddynya, Tengku Rithauddeen.Dia sudah tidak sabar nak pulang ke rumah.

Isterinya bukan main manja lagi sekarang ini. Mudah menangis. Pantang Tengku Farrel naikkan suara atau mencerlung mata ke arahnya, secara automatik Adelina akan menangis semahunya. Cengeng! Hailah isteri!

"Hello, son!"

"Daddy.."

Tengku Farrel terus bingkas bangun dari kerusinya. Dia melangkah menuju ke arah daddy nya. Tangan tua itu disalam dan dikucup penuh hormat sebelum batang tubuh daddy nya dipeluk erat.

"Daddy apa khabar?"

"I'm good. You?"

"I'm fine too."

"Have a seat,dy"

Mereka terus melabuhkan punggung di atas sofa.

"Macam mana? Farrel jadi tak nak ke Washington ni?"

Terlepas keluhan berat dari mulut Tengku Farrel.  Kalau boleh dia tak nak tinggalkan isterinya buat masa sekarang. Keadaan tidak mengizinkan.

"Daddy, boleh tak ganti dengan orang lain? Why not suruh Fahrin ke?" Tengku Farrel cuba untuk mengelak.

"Kalau boleh ganti, dah lama daddy ganti. But they want you to attend that meeting. Lagipun, semua kawan-kawan you turut pergi sana kan?"

Aduh!

Terpejam mata Tengku Farrel sejenak. Pelipis kedua-dua belah matanya diurut perlahan-lahan.

"Why Rel? Do you have any problem?"

"Anggun tak berapa sihat sekarang ni, daddy. Risau pulak Rel nak tinggalkan dia."

Ya memang betul! Isterinya selalu penat sejak akhir-akhir ini. Banyak masanya dihabiskan dengan berbaring saja di atas katil. Telah diajak ke klinik beberapa kali, tapi itulah, sifat degil dan Adelina berpisah tiada. Setiap kali Tengku Farrel memaksa, pasti Adelina akan menangis. Dia mudah lemah dengan air mata isterinya itu.

"Kenapa dengan menantu daddy?"

"Dia selalu penat lately ni. Kurang selera makan. Nafas selalu termengah-mengah."

Tertunas senyuman di bibir tua Tengku Rithauddeen. Rasanya seperti dia sudah dapat mengagak sesuatu.

"Dah bawa ke klinik?"

"Belum daddy. Menantu daddy tu degil. Kalau Rel berkeras nak bawa ke klinik, mesti dia menangis."

Pecah tawa Tengku Rithauddeen. Apa ke bengap anak sulungnya ini? Itu pun masih belum faham ke?

"Daddy rasa daddy tahu kenapa. Just bring her to clinic. Jangan tangguh lagi. Risau daddy."

"Baik daddy."

"So, Rel attend ye meeting di Washington tu. Anggun hantar ke rumah daddy. Kami boleh tengok-tengokkan dia."

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now