Farrel & Anggun |26

18.4K 601 16
                                    

"Siapa betina tu?" Soal Sara sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Wajah muram dan mendung Adelina dipandang. Adelina hanya diam membatu. Dia tidak tahu harus bertindak balas bagaimana.

Dadanya berombak. Nafasnya tercungap-cungap berlari tadi untuk menghilangkan diri dari Megat Aaron.

"Aku tanya ni, siapa betina tu Adelina?" Soal Sara. Nada suaranya sudah bertukar keras. Manalah dia tahu siapa betina berambut karat tu. Megat Aaron tak bagitahunya. Dia juga bungkam.

Bahunya diangkat isyarat tidak tahu. Pandangannya masih kosong. Kolam matanya mula menghangat. Megat Aaron curang padanya.

Air mata yang ditahan tadi, kini berjuraian tanpa henti di pipi. Dia menutup mukanya dengan tangan. Esakan yang kedengaran halus pada mulanya sudah menjadi kasar. Terus badannya ditarik masuk ke dalam pelukan Sara.

"Don't cry, Adelina!" Pinta Sara sambil mengusap bahu Adelina itu. Dia tidak sanggup melihat air mata yang gugur di wajah polos Adelina itu.

"Aaron curang ke, Sara?" soal Adelina dengan nada bergetar. Dia sudah teresak-esak.

Matanya sendiri yang menjadi saksi keintiman Megat Aaron dengan perempuan itu.

Badannya dijarakkan sedikit dengan badan Sara. Kedua tangan Sara digenggamnya. Dia menatap Sara dengan mata yang berkaca.

Susah untuk dia mempercayai matanya kini. Matanya tidak pernah menipu. Tolonglah katakan ini semua tidak betul.

Telefon pintarnya berdering rancak, ada panggilan masuk. Tanpa menoleh ke arah skrin telefonnya, sudah dapat dia agak siapa yang sedang menelefonnya sekarang. Dia tidak kuat untuk mendengar penjelasan dari Megat Aaron.

"Dah la jangan menangis. Angkat call tu bila kau dah ready. Aku tak suka tengok kau macam ni." pujuk Sara lagi apabila Adelina terus tunduk membisu.

Kesudahannya, panggilan dari Megat Aaron itu dibiarkan tidak berangkat.

"Dah jom balik. Aku drive." Sara tidak benarkan Adelina memandu kereta dalam keadaan emosinya yang tidak stabil begini. Biarlah dia yang memandu. Dia rela.

Risau jika terjadi kecelakaan nanti. Dia keluar dari tempat penumpang dan terus berlari-lari anak menuju ke tempat pemandu. Pintu kereta dibuka lalu Adelina ditarik keluar.

Adelina dibawa ke tempat penumpang. Sebelum pintu kereta dirapatkan, sempat Sara mengusap sisa air mata di wajah mulus sahabat baiknya itu. Wajah Adelina dikerling sekilas sebaik sahaja dia masuk kembali ke dalam kereta.

"Dah la, Adelina. Aku tak suka la tengok kau menangis macam ni." Dia tidak tahu bagaimana rasanya apabila dicurangi kerana dia tidak pernah bercinta. Sebagai sahabat, dia hanya mampu memujuk dan menenangkan Adelina. Mata Adelina sudah sembab.

'Nanti tahulah nasib kau Aaron.'

Handbrake dijatuhkan sebelum kereta meluncur keluar dari tempat parking. Hati Sara tidak habis menyumpah seranah pada Megat Aaron. Hatinya juga turut kesal dengan perbuatan Megat Aaron pada Adelina, tetapi dia tidak mahu bertindak melulu sebelum mendengar penjelasan Megat Aaron terlebih dahulu. Tapi jikalau betul lelaki itu curang, tahulah dia nak bahasakan si Megat Aaron itu.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now