Farrel & Anggun |76

25.4K 863 81
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

Setelah tiga tahun...

"Raline, my precious daughter."

Adelina menggomol-gomol badan gemuk dan montel anak perempuannya, Tengku Raline Lashira. Anaknya sudah berusia genap 3 tahun. Seorang anak yang bijak, petah berkata-kata dan tidak banyak ragam.

Raut wajahnya saling tidak tumpah dengan wajah daddy nya. Berhidung mancung, iris yang berwarna kelabu dan berlesung pipit. Senang cerita, copy paste betul-betullah.

Tengku Raline sedang asyik menggenyeh matanya sebelum tangannya didepakan, minta diangkat oleh mummy nya.

"Dah bangun dah anak mummy ni." Adelina terus mengangkat dan mendukung anaknya. Anak comel itu terus melentokkan kepalanya dibahu Adelina. Mengantuk lagi gamaknya. Ditepuk-tepuk punggung anak kecilnya itu perlahan-lahan.

"Mummy..." suara comel itu memanggilnya.

"Ye sayang."

"Nak shu-shu"

Adelina tertawa halus. Alahai comelnya si anak. Pipi tembam Tengku Raline terus dicium bertalu-talu. Geram!

"Okay wait for mummy here. Mummy pergi buat susu dulu okay."

Tengku Raline kembali diletakkan ke dalam baby coat. Lalu, Adelina bergegas turun ke dapur untuk membuat susu.

Usai membuat susu, Adelina naik semula ke bilik. Tengku Raline sudah terbaring semula sambil bermain dengan teddy bear. Sekejap dipeluk sekejap dicium teddy bearnya itu.

"Nah susu for you." Botol susu terus disuakan pada Tengku Raline.

"Yeay! Shu-shu! Thank you mummy." Sorak Tengku Raline. Kalau nampak susu memang automatik akan gembira seperti itu. Mahu tak tembam.

"Bismillah dulu."

Tengku Raline terus menyebut kalimah suci itu dulu sebelum dia meneguk rakus susu. Adelina hanya diam sambil memerhatikan raut wajah anaknya. Terbersit rasa rindu pada Tengku Farrel secara tiba-tiba.

Sejak dia berhijrah ke Warsaw, Poland, tidak pernah sehari pun dia tidak merindukan suaminya itu. Bahkan rasa rindu itu semakin menggunung tinggi dari hari ke sehari. Hanya anak ini yang menjadi pengubat rindunya tatkala ini.

"Adelina.."

Adelina terus menoleh ke arah punca suara itu. Wajah Sara sedang terjongol dipintu bilik.

"Bangun dah anak buah aku?" Soal Sara. Sekarang dia menetap bersama Sara. Dato'Sri Firdaus menghadiahkan rumah ini untuk dia dan Tengku Raline menetap. Sejak tiga tahun ini jugalah keberadaannya disini gagal dijejaki oleh Tengku Farrel.

"Dah! Tengah minum susu ni."

Sara terus menghampiri baby coat itu. Tengku Raline sedang tersenyum manis ke arahnya. Anak kecil ini memang murah dengan senyuman.Sama seperti mummy nya. Tidak seperti daddy nya yang sentiasa bengis itu.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now