Farrel & Anggun |73

19.9K 765 180
                                    

Play that song above ☝️, before reading this chapter. ❤️ barulah feel lebih. Muahaha 😂

"Abang, boleh Anggun tolong?" Tawar Adelina apabila melihat suaminya yang sedang terkial-kial membutangkan kemeja kerjanya. Tengku Farrel tidak membalas mahupun menoleh ke arah isterinya. Tetapi dia biarkan saja Adelina membutangkan kemejanya.

Adelina membuang keluh di dalam hati. Dinginya Tengku Farrel membuatkan hatinya bagai dirobek-robek kasar. Sakit tidak terkata. Apatah lagi bila momen Tengku Farrel sedang bersentuhan dan bermesraan dengan perempuan lain kembali berulang tayang difikirannya. Sebagai seorang isteri, hatinya hancur.  Sudah tiada tempat lagi untuk ditoreh. 

Tengku Farrel hanya menyungging senyuman sinis. Sikit pun dia tidak terkesan dengan air mata isterinya yang jatuh berambal-ambal pada malam tadi. Malah dia merasa puas. Puas hati dia kerana dapat mengenakan isterinya malam tadi.

Pasti Adelina beranggapan yang dia sudah tidur dengan perempuan itu malam tadi. Pada hakikatnya, sebaik saja Adelina masuk ke bilik orang gaji, Tengku Farrel terus menghalau perempuan itu pergi. Mana mungkin dia sanggup untuk menduakan isterinya.

Dia hanya membawa pulang perempuan itu ke mansion semata-mata untuk menyakitkan hati Adelina. Dia ingin Adelina rasakan apa yang sedang dia rasakan ketika ini. Sakit apabila dikhianati oleh seseorang yang dicintai separuh mati.

"Abang, hari ni Anggun ada appointment check up baby." Perlahan saja nada suara Adelina sambil membetulkan kolar kemeja suaminya. Sumpah tangannya sudah menggeletar ketika ini.

Dia takut berhadapan dengan Tengku Farrel yang sebegini. Seolah-olah, dia sudah tidak kenal lagi dengan Tengku Farrel. Rasa selamat ketika berada disamping Tengku Farrel sudah digantikan dengan rasa takut. Dadanya berdebar kencang.

Tengku Farrel terus menjatuhkan pandangan pada wajah isterinya. Matanya ralit memerhatikan kesan luka dan lebam dihujung bibir Adelina. Kesan tamparan tangannya. Setelah itu, matanya beralih pula pada kesan lebam dileher putih mulus Adelina.

Terbersit rasa bersalah dihati. Mahu saja dia memeluk batang tubuh isterinya ketika ini. Namun perasaan marah dan kecewa masih menebal dalam jiwanya.

"Done, abang." Adelina menghadiahkan senyuman manis buat suaminya. Ya Allah. Rindunya dia akan sentuhan dan pelukan suaminya. Dia rindu untuk melihat senyuman manis suaminya. Namun semuanya sudah hilang dalam sekelip mata. Air matanya mula bertakung di kolam mata.

"Abang free tak petang nanti? Appointment Anggun pukul 2 petang nanti. Boleh tak abang teman Anggun?" Soal Adelina dengan nada lembut.

Pak!

Pintu wardrobe itu dihempas kasar oleh Tengku Farrel dengan tiba-tiba. Adelina sudah mula menelan liurnya. Tangannya terus bergerak ke arah perut.

"Kau boleh tak jangan nak memekak pagi-pagi ni? Kau nak pergi check up baby ke apa ke lantak kau la. Jangan nak semakkan kepala otak aku. Entah-entah anak dalam kandungan kau ni bukan anak aku. Tapi anak Megat Aaron. Why not kau ajak saja jantan yang kau menyundal tu. Suruh dia teman kau." Kata Tengku Farrel, lantang.

Allahuakbar! Sebegitu bencikah Tengku Farrel padanya?

Belum puaskah lagi Tengku Farrel menghinanya? Kali ini anak syurga yang berada di dalam perutnya pula turut terkena tempias amarah Tengku Farrel. Air matanya mula merembes keluar.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now