Farrel & Anggun |32

19.3K 618 18
                                    

"Abang kena bertanggungjawab terhadap Rania." Bentak Rania. Tidak dihiraukan wartawan yang sudah mula mara ke arahnya. Terkocoh-kocoh dia mengejar langkah Megat Aaron. Tangan Megat Aaron direntap kasar. Megat Aaron mencerlung garang ke arahnya.

"I don't care abang. You have to marry me! If not Rania akan sebarkan cerita yang abang dah perkosa Rania malam tadi." Ugutnya. Dia sudah berjanji dengan dirinya, dia akan dapatkan Megat Aaron walau dengan cara apa sekalipun. Tak boleh cara baik, cara kotor selalu ada.

"Kau ni gila ke apa Rania?" Tengking Megat Aaron. Terhinjut bahu Rania dibuatnya. Tangan Rania yang memegang tangannya ditepis kasar. Tidak dilupakan juga, bahasa panggilan juga turut berubah.

"Memang Rania gila. Rania gilakan abang." Suara Rania tidak kurang kuatnya juga. Dia sudah tidak peduli dengan kariernya sebagai seorang model terkenal. Walaupun nanti, kariernya akan jatuh merudum, dia tidak kisah. Asalkan dia dapat memiliki Megat Aaron. Itu sudah dikira pencapaian besar di dalam hidupnya. Dia sudah bertekad untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada Megat Aaron nanti.

Kini para wartawan sudah menghurungi mereka persis sekumpulan semut yang sedang menghurungi gula. Lensa kamera para wartawan dari tadi tidak berhenti merakam video dan gambar mereka berdua sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari mahkamah itu.

"Miss Rania, boleh jelaskan kepada kami mengenai isu tangkap khalwat ini?" Tanya salah seorang wartawan.

"Please stop recording and.." Suara Megat Aaron melengking tinggi sambil tangannya menutup lensa kamera wartawan.

"I nak minta maaf dengan semua peminat I, I hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan. Doakan bahtera perkahwinan kami nanti agar sentiasa bahagia." jawab Rania kepada wartawan.

Zap!

bagaikan ada satu batu besar yang menghentak dada Megat Aaron ketika ini. Dia menoleh ke arah Rania yang sedang menangis teresak-esak itu. Bara di dalam dada kian marak dengan lakonan Rania itu! Tangan Rania ditarik kasar menuju ke kereta. Para wartawan yang menghalang mereka dari bergerak ditolak dengan kasar.

Pintu kereta dibuka lalu badan Rania itu ditolak kasar. Rania mengaduh kesakitan akibat kepalanya yang terhentak di pintu kereta. Rengekan Rania itu langsung tidak dihiraukan Megat Aaron.

"Kau cakap apa tadi Rania dekat wartawan?!" Jerkah Megat Aaron. Mata Megat Aaron tajam menikamnya persis belati. Sisi garang Megat Aaron ini tidak pernah Rania lihat. Dia menelan liurnya. Matanya sudah mula menghangat.

"Aku tanya ni, kau cakap apa tadi?!!" Stereng kereta dihentak kuat. Rania terjerit kecil.

"R-ra-nia c-ca-kap yang sebetulnya abang. Kita akan kahwin kan nanti." Terasa suaranya kini tersekat di kerongkong. Dia menunduk ke bawah. Tidak berani menentang pandangan membunuh itu.

"Apa yang betul?!! Kau ni memang perempuan licik dan murahan la Rania!" Hina Megat Aaron padanya.

Rania memejamkan matanya. Dadanya berombak laju. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

"Perempuan licik dan murahan ni lah yang abang peluk dan cium semalam. Abang lupa?" selar Rania. Entah dari mana datang keberaniannya ketika ini. Perasaan takut ditolak ke tepi. Janji dia dapat luahkan rasa yang berbekam di hati.

Tengku Farrel's Dark Obsession (C)Where stories live. Discover now