13

4.3K 166 10
                                    

"Pakcik, boleh tak saya nak turun kat taman situ?"

"Okay boleh. Tapi cik bawak beg baju tu tak apa ke tarik ke situ?"

"Boleh, tak ada hal pakcik."

Diana menaiki teksi untuk ke rumah Tok Hisham. Tetapi, entah hatinya berat ke rumah itu. Dia masih teringat kejadian malam tadi. Dia rasa malu dengan dirinya yang tak mampu menghalang perkara dosa seperti itu berlaku di depan matanya.

Diana pergi ke taman untuk menenangkan fikiran. Entah kenapa dia seperti tidak mahu berjumpa dengan keluarga itu. Rumah yang kelihatan gah itu tersimpan satu cerita buruk di dalamnya. Peristiwa malam tadi lebih membuatkan Diana faham betapa berbezanya dunia mereka dan situ bukanlah tempatnya. Jadi, ada sedikit sebanyak betulnya tanggapannya sebelum ini pada keluarga berada seperti mereka.

Diana duduk termenung di kerusi yang tersedia di taman itu. Melihat pokok-pokok yang hijau lebih menenangkan dirinya. Dia berharap Ez akan pulang ke KL awal petang ini. Dia sudah tiada hati untuk berjumpa saudara mara Ez. Dia tahu bukan semuanya berperangai sebegitu tetapi mengapa mereka hanya menutup mata dengan dosa yang dilakukan terang-terangan di situ. Dia masih kecewa.

Setelah sudah sejam Diana di situ, barulah hatinya bersedia hendak ke rumah Tok Hisham. Baru mahu mendail nombor telefon teksi lain yang diberikan pakcik tadi, dia perasan ada 3 missed call terpapar di call history. Dan kesemuanya panggilan dari Ez.

'Baguslah aku silent. Tak ada dia kacau.'

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Di rumah Tok Hisham, Ez mula risau Diana masih belum tiba. Bonda dari tadi asyik bertanya dengannya. Mereka berdua berbincang di sebalik pintu masuk rumah itu.

"Dah pukul berapa ni Diana tak sampai lagi. Yang u pergi ikut cakap dia suruh datang sini dulu kenapa?!" Bonda turut risau apabila Diana tidak menjawab telefon.

Ez berkerut melihat bondanya mula serabut. Bonda hanya menambah kekusutan fikirannya.

"Bonda boleh rileks tak? Dia tu dah besar tau."

"Tapi dia tak biasa kawasan ni." Bonda bertegas dengan Ez.

Tidak lama itu kelihatan Diana tiba di muka pintu. Tersenyum manis kepada semua orang di rumah. Dia tiba setelah semua selesai makan tengah hari.

Ez memandang lama Diana. Dia berasa lega melihat Diana di depan matanya. Entah kenapa. Tadi dia yang rela tinggalkan Diana seorang tetapi dia akui dia turut cemas apabila Diana tidak menjawab panggilannya.

Diana terus berjalan ke arah Ez lalu meminta kunci kereta untuk memasukkan bagasinya ke dalam kereta. Namun, Ez menyuruh Nonie yang masukkan. Diana pergi pula ke arah bonda. Walaupun dia tidak rapat dengan bonda seperti Mak Mah, tetapi dia tetap menghormati wanita itu sebagai ibu mentua. Dia tahu mungkin bonda risau tentangnya.

"Lambatnya Diana. Pergi mana tadi?" Soal bonda.

"Hmm tak ada pergi mana-mana. Lambat sikit bersiap tadi." Diana menggeleng dan terus mengikut bonda ke ruang tamu kecil. Di situ Nenda, nenek saudara dan ibu saudara lain turut berada di situ. Diana yang tiba lewat ingin menunjukkan kehadirannya. Jadi dia memilih untuk duduk berbual bersama walaupun ada daripada mereka seperti tidak endahkan kewujudannya.

Setelah hampir setengah jam dia di situ, tiba-tiba dia rasakan kepalanya sakit semula. Pandangannya mula kabur. Dia cuba menarik nafas yang dalam supaya keadaan dirinya menjadi lebih baik.

'Ya Allah. Kenapa pulak dengan aku ni.' Diana hanya risau di dalam hati.

Mak Mah sedang lalu di tepi ruang itu sempat melihat mereka semua. Dia mencari Diana untuk memastikan keadaannya selepas kejadian malam tadi. Dalam gelak ketawa mereka di ruang tamu itu, mata Mak Mah tertumpu pada Diana yang hanya berdiam dan tersenyum tawar sambil melihat saudara lain yang berbual. Namun, wajah Diana yang nampak lain membuatkan Mak Mah mula risau.

DIANAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt