31

17.1K 677 45
                                    

"Yang ini ke Puan?" Soal Nonie sambil menghulurkan tali leher hitam pada Diana.

"Betul lah yang ni rasanya. Dah basuh kan?" Diana mengambil tali leher itu.

"Sudah. Udah siap gosok."

"Okay terima kasih Nonie."

Diana terus naik semula ke atas dan menuju ke bilik Ez. Hari ini Ez akan bertolak ke Singapore untuk beberapa hari. Seperti biasa dia outstation atas urusan kerja. Jadi, Diana membantunya menyiapkan beg pakaiannya.

Hanya mengetuk pintu dua kali Diana terus masuk ke dalam bilik Ez tanpa dijemput. Dia mengintai Ez tiada di situ.

'Dalam toilet kot.' Fikirnya.

Diana terus ke bahagian wardrobe Ez untuk memasukkan tali leher hitam tadi ke dalam beg. Kemudian, dia ke bahagian depan semula untuk mengemas cadar katil Ez sementara menunggu Ez habis mandi.

Kedengaran pintu bilik air di buka, Diana terus berpesan ada Ez.

"Awak, saya dah masukkan tie hitam tu kat dalam luggage tau."

Ez yang sibuk membelek muka di cermin tidak dengar apa yang Diana katakan.

"Sorry, apa dia?"

Tanpa berfikir panjang Diana terus masuk ke wardrobe sambil dia mengulang semula katanya tadi.

"Saya cakap saya dah masukkan tie awak kat dalam...."

Diana terkedu melihat Ez yang hanya memakai tuala. Matanya terpaku seketika melihat badan Ez yang tegap itu terdedah. Dia segera melarikan anak matanya.

"Umm sorry." Terus dia berpatah semula ke depan.

Ez tersenyum geli hati melihat Diana. Tahu sangat isterinya malu.

"Hey apa dia? Awak cakap tak habis."

"Isshh saya dah masukkan tie awak kat dalam luggage!!" Diana terjerit.

Merah padam muka Diana. Entah kenapa dia sangat malu sedangkan sebelum ini dia dah banyak kali lihat Ez tanpa berbaju.

Ez pula ke depan selepas mendengar kata-kata Diana tadi.

"Haaa marah. Cakap macam tu dengan suami." Balasnya.

Diana menoleh seketika melihat Ez. Kemudian dia pantas mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Geram kerana dia tahu Ez sengaja hendak buat dia tidak selesa.

"Mana ada marah. Awak ada nak apa-apa lagi tak? Kalau tak ada, saya nak turun." Diana mengubah nadanya menjadi lembut.

"Ada." Ez menghampiri Diana dari belakang. Diana yang menyedari langkah Ez di belakangnya cepat-cepat menjerit.

"Tak payah la datang sini!! Awak pergi pakai baju dulu." Marah Diana.

Kuat Ez melepaskan ketawa kerana suka melihat Diana cuak sebegitu. Macam dulu tak biasa.

"Alright fine. Tapi saya tak check lagi luggage saya so tak tahu dah complete ke tak. Awak tunggu dulu."

"Ya saya tunggu! Tapi awak pergi pakai baju dulu." Diana masih hanya melihat ke arah pintu.

"Ya lah. Wait, what u called me? Awak? Diana, look at me."

Diana menggeleng dan mula melangkah hendak menuju ke pintu.

"I said look at me Diana." Ez bertegas memanggil Diana.

Diana menggeleng.

"Awak ni. Saya bukannya tak pakai apa-apa langsung." Sambung Ez.

DIANAWhere stories live. Discover now