11

15.3K 631 19
                                    

Diana masih di luar memerhatikan taman di belakang. Mak Mah dan Nonie menemani Diana kerana mereka sememangnya berada di bahagian dapur. Mereka asyik berbual sambil melihat kebun sayur Tok Hisham. Semua tumbuhannya subur dan menghasilkan buah yang cantik.

Ez pula tadi ke dapur dan dia sempat menjenguk di belakang. Apabila melihat Diana bersama dengan Mak Mah, hatinya lega. Sekurang-kurangnya dia tahu Diana masih boleh selesakan diri di situ. Tidak ingin bersama mereka, Ez pergi semula menuju ke ruang tamu.

"Mak Mah, tadi Diana kat depan, Diana terjumpa Wafi. Yang tu ke dengan abang Ez bergaduh tu?" Diana mula membuka topik.

"Yang tinggi putih hensem tu ke? Yang pakai kemeja dark blue kan?"

Diana tergelak besar mendengar ciri-ciri yang diberitahu Mak Mah.

"Haa ye kot."

"Aah yang tu lah. Mak Mah dengar dia tak dapat datang. Ingakan lega la sikit tak adalah rasa janggal masa berkumpul macam ni. Tapi jadi pulak dia datang. Tu Ez dah berjumpa dengan dia ke?"

"Tak pastilah." Diana menjongket bahunya. Dia menyoal lagi.

"Abang Ez dengan Wafi tu memang tak berjumpa ke kalau ada family gathering macam ni?"

"Jumpa je. Dah besar kan pandai-pandai la fikir matang sikit. Hal keluarga tak boleh la nak campur dengan hal masing-masing."

Di dalam rumah pula, Wafi sedang beramah mesra dengan bapa dan ibu saudaranya. Ketika sedang berjalan ingin berjumpa dengan nenek dan datuknya, dia tertembung dengan Ez. Dia tersenyum senget. Ez pula merenung dengan mata yang dingin.

'Good. He's here. Ruining my day.' Ez mendengus di dalam hati.

"Hi. Nice to see u here." Wafi cuba menyapa sinis.

"Yup. My heart is flattering to see you here." Ez pun tak mahu kalah balas secara sinis. Mereka bersalaman tetapi janggal, tiada eye contact dan terus berlalu ke tempat dituju masing-masing.

.

Diana masih berada di luar duduk di tepi kolam renang. Menghabiskan masanya dengan scroll phonenya sementara menunggu pukul 3. Yang lain pun masih berbual dan melakukan aktiviti masing-masing. Selepas ini mereka akan ke hotel untuk bersiap.

Tiba-tiba, Diana didatangi Wafi. Tanpa dijemput, Wafi terus duduk di kerusi sebelahnya. Diana terus menegakkam duduknya kerana tidak selesa. Namun, dia rasa bersalah jika dia terus pergi dari situ. Nanti dicop sombong pula pergi begitu sahaja.

"U suka duduk sorang-sorang eh?" Soal Wafi.

"Haa?" Diana terkedu dengan soalan Wafi.

"Hahaha sebab tadi pun u duduk sorang kat kolam ikan tu. Tak join yang lain kat dalam."

"Eh tak lah. Tadi saya round rumah Tok Hisham ni. Sebab first time datang kan. So saja la duduk ambik angin kat sini."

Wafi mengangguk.

"Best ke tak kat sini?"

"Best. Setiap sudut cantik. Paling best taman kat luar ni."

"U orang Ipoh kan?" Soal Wafi lagi.

"Yup. My parents tinggal kat Ipoh." Jawab Diana yang masih janggal.

"So how's your life since u become a part of this family? And so far is everything okay sejak bergelar isteri Tengku Aizuddin Shah ?"

Diana rasa tergamam dengan soalan bernas Wafi. Tapi dia cuba berlagak tenang dan menjawab dengan hati-hati.

"It's great. Semua okay. Papa bonda diorang semua baik. Abang Ez pun.... really nice to me." Diana jawab dengan yakin walau hatinya tahu dia menipu.

DIANAWhere stories live. Discover now