29

17.3K 674 24
                                    

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik Diana. Diana yang sedang leka membaca buku di atas katil terus bangun menuju ke pintu.

Apabila pintu dibuka, muncul wajah Ez yang tersengih berada di depan pintu.

"Sorry for disturbing u. Awak nak tidur dah ke?"

"Belum lagi. Baru pukul 10. Awak ada nak apa-apa ke?" Walau mereka berdua tidak seakrab suami isteri lain, Diana cuba menjadi isteri yang taat kepada Ez.

"Emmm ada."

"Okay. Apa dia?" Diana mengangkat keningnya menanti jawapan Ez.

"Emm...."

"Dah kenapa macam tak nak cakap ni. Awak masuklah dulu."

Ez perlahan masuk dan duduk di atas katil Diana.

"What is it? Tell me." Diana menyoal semula kehendak Ez.

"Emmm....saya nak mintak awak check saya baca Quran." Perlahan Ez memberitahu seperti malu-malu.

Diana terkedu seketika. Hatinya tersentuh. Dia hanya tergelak kecil.

"Laa tu je ke. Ingatkan awak lapar ke nak mintak saya carikan barang ke."

"Boleh ke tak?" Soal Ez dengan wajah mengharap.

"Boleh! Tapi saya bukan la ustazah yang arif sangat. Kalau setakat nak check asas tu, saya boleh tolong." Diana tersenyum sudi membantu Ez yang ingin membaca al-Quran.

"Okay. Kejap saya ambik Quran saya." Riak wajah jelas teruja mendengar jawapan Diana.

"Alright."

Diana tergelak kecil melihat Ez bergegas ke biliknya. Hatinya gembira melihat Ez yang berbeza dengan dulu. Dia mula rasa Ez hargai kewujudannya sebagai isteri. Hatinya merasakan Ez lebih terbuka dengannya. Tidak seperti dulu. Dulu Ez jarang hendak bercakap dengannya malah panas baran pula.

Mata Diana kemudian melihat pintu bilik air. Teringat pula dulu Ez menengkingnya kerana dia takut dengan lipas. Gila! Geram setiap kali mengingatkan peristiwa itu. Tapi kini Ez sebolehnya bercakap menggunakan nada rendah sahaja dengan Diana. Ya lah, kena la berusaha nak buka hati Diana semula.

Ez muncul semula dengan Quran di tangan. Dia lihat Diana di dalam bilik sedang mengambil wuduk. Ez hanya bersila tunggu di atas katil.

"Kejap eh." Diana tersenyum memandang Ez sambil memakai telekung. Kemudian dia terus duduk di depan Ez.

"Muka surat berapa?"

"56."

Diana membuka Qurannya pada muka surat yang hendak dibaca Ez.

"Okay."

"A'uzubillahiminasyaitanirrajim." Ez memulakan bacaannya.

Ketika itu, mata Diana hanya memandang pada Quran tetapi jantungnya berdegup laju. Rasa berdebar mendengar suara bacaan suaminya sendiri yang dia tunggu sejak awal perkahwinannya dulu.

"Okay tak awak rasa?" Soal Ez selepas selesai membaca Quran.

"Apa dia?"

"Bacaan saya."

"Okay je. Awak pandai je baca Quran kan?" Diana tersenyum.

"Pandai sikit-sikit je kan?"

"Alaa humble pulak. Kalau sikit-sikit takkan la dah pandai jadi imam?" Diana tersenyum senget.

Ez terus memandang Diana.

"Pandai awak jadi imam hari tu. Seronok saya tengok awak yang kat depan malam tu." Diana memuji.

DIANAWhere stories live. Discover now