35

16.8K 646 5
                                    

Diana termenung sambil baring di atas kerusi malas di balkoni biliknya. Dia cuba menenangkan hatinya di situ selepas puas menangis teresak-esak tadi. Dia rasakan dengan melihat bintang di langit bersama angin malam sedikit sebanyak dapat mengubati hatinya yang perit.

'Apa aku patut buat ya Allah?' Fikirannya masih terbayang hal tadi.

Diana akui dia sayang pada Ez. Tetapi dia takut dan risau jika perkara hitam itu akan berulang. Ya, Ez sudah berubah. Tapi dia sering berfikir buruk jika suatu hari nanti Ez akan mengungkit tentang niat asalnya untuk berkahwin dengan Diana. Dia sendiri masih tidak boleh menerima Ez yang ingin berkahwin dengannya atas dasar dendam. Rasa takut itu masih ada jika Ez bangkitkan soal perbezaan darjat dan kedudukan. Dia takut jika nanti Ez berubah hati dan menyesal menjadikan dia isteri. Tambah lagi dengan kata-kata tuduhan Ez tadi yang sangat melukakan hatinya.

Apatah lagi tentang peristiwa hitam di kelab malam itu. Perkara itu tidak pernah meninggalkan ingatan Diana. Cuma selama ini Diana ketepikan demi memberi peluang pada Ez. Dia tidak mahu perkara itu menganggu niatnya untuk balik pada Ez.

Namun disebabkan semua ini masih melekat dalam ingatannya, Diana jadi ragu-ragu dengan Ez. Dia takut dengan perkara hitam itu sendiri.

Tiba-tiba terngiang suara Ez ketika bergaduh dengannya tadi.

"Ke awak macam perempuan lain? Yang nak dekat saya sebab darjat dan harta je?"

Diana menarik nafas yang dalam. Dia memejam rapat matanya. Sekali lagi hatinya seperti ditoreh dengan tuduhan Ez padanya. Air matanya mengalir semula.

'Sampai hati Ez cakap macam tu. Kalau aku nak sangat darjat dengan harta, aku tak tinggalkan dia lama sampai 6 bulan pun dulu. Dia ingat semua orang biasa ni gilakan duit ke? Kalau takut sangat dapat isteri gila harta, kenapa kahwin dengan orang biasa macam aku?' Tersedu-sedu Diana mengalirkan air matanya.

'Dulu aku bersabar bila dia balik mabuk setiap malam. Bermesra dengan perempuan depan aku. Dengan apa dia dah buat kat aku kat kelab malam tu. Semua tu tak setimpal pun dengan usaha dia nak pujuk aku selama ni. Tiba-tiba dia nak marah pastu paksa aku untuk bagi jawapan. Tak adil! Aku sendiri masih takut bila teringat situasi kat kelab malam tu.'

Diana mengelap air matanya dengan lengan pijamanya. Kemudian, ingatan Diana pada wajah hampa Ez bertanya dengannya tadi. Wajah yang sangat mengharapkan jawapan yang kukuh untuk dia terus berusaha. Diana akui dia kasihan melihat wajah itu.

'Aku ni ke yang lemah sangat tak dapat lupakan peristiwa hitam tu? Aku ni ke yang kolot sangat tak boleh terima suami aku yang jahil dulu? Aku ni ke yang keras hati sangat tak boleh terima suami aku yang dah berubah? Ya Allah, berikan aku petunjuk Mu dan kekuatan untuk aku berdepan dengan suami aku.'

Diana menyeka air matanya. Matanya terlalu berat. Akhirnya dia menutup matanya di atas kerusi itu bersama bayu malam menemaninya.

.

Jam tepat pukul 3 pagi. Diana tersentak terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi guruh. Terkejut dia melihat kakinya sudah basah ditimpa tempias hujan. Tak sangka dirinya sudah tertidur lama di luar. Dia segera bangun.

'Aauuu!' Diana berkerut sambil memegang kepalanya.

Dia menahan kesakitan. Kepalanya terasa berat. Namun dia gigih bangun dan berjalan perlahan ke arah katil.

.

Bunyi alarm bergema kuat di dalam bilik Diana. Perlahan Diana membuka matanya. Dia memerhati sekelilingnya.

'Aduhh sakitnya kepala aku!' Diana rasakan kepalanya sangat berat ditambah lagi matanya juga berat kerana menangis semalam. Habis bengkak matanya.

Dia bergerak sedikit ke tepi katil dan mencapai phonenya untuk menutup alarm.

DIANAWhere stories live. Discover now