40

19.8K 612 32
                                    

Ez dan Jasmine berjanji untuk berjumpa selepas Ez menghantar mesej pada Jasmine semalam. Ez perlukan nasihat daripada pakar tentang masalah Diana. Jadi, Jasmine ialah orang pertama yang terlintas dalam fikiran Ez. Tambah lagi Jasmine seorang pakar dalam O&G jadi Ez lebih selesa bercerita hal wanita itu kepada Jasmine.

Keadaan bilik Tengku Jasmine bahagian klinik pesakit luar sepi seketika. Ez tertunduk malu selepas menceritakan pada Jasmine tentang masalah Diana.

Jasmine menarik nafas yang dalam. Dia mahu membantu rumahtangga Ez dan Diana. Tetapi dia tidak mahu memberi sebarang diagnosis atau kesimpulan sendiri tanpa berjumpa Diana secara berdepan.

"Ni apa yang i boleh bagi pendapat je tau. It's not definitely the right answer. Sebab i faham takkan la u tiba-tiba nak bawak Diana jumpa i discuss benda ni. But at least u did a good job by detecting the problem at early point."

"I just nak tahu betul ke tak Diana trauma sebab apa yang i dah buat. That's it." Ez membalas.

Jasmine senyap seketika.

"Based on what u have shared, it could be the reason."

Ez terkedu. Wajahnya berubah hampa. Di dalam hatinya tak habis menyalahkan dirinya atas kesilapan dulu.

"But, as what I've said, i tak jumpa Diana sendiri. So kita tak boleh decide apa-apa. And please, u don't have to blame yourself."

Ez hanya mendiamkan diri. Melihat Ez begitu, Jasmine meneruskan perbincangan mereka.

"Okay let me continue. It could be a psychological trauma. Whether it is acute means it is from a single incident or chronic, when there is something happens throughout her life. Maybe u sendiri boleh slow talk dengan dia. I bukan nak assume benda buruk tapi mana tahu dia ada history lain yang dia tak pernah cerita. And ye lah, dia pun tak nak duduk sebilik dengan u since beginning both of u kahwin and that was before the scene happened."

"Yang tu lain, Jasmine. Itu memang sebab dia takut tengok i mabuk. She never saw anyone get drunk with her own eyes, especially anyone she knows."

"Okay then what?"

"I kenal family dia. They are so close. I don't think anything bad has happened to her before. Parents in law I tak cerita apa-apa before this. Okay, maybe sebab I baru kenal masa kahwin tapi mama Diana pun tak cerita apa-apa pun kat I bila I selalu stay Ipoh haritu."

"Hmmm i see. So u still think sebab kejadian kat kelab tu?"

Ez mengangguk perlahan. Hatinya mula sebak.

"I fikir sebab tu je. Sebab Diana perempuan baik. I yang bodoh pergi paksa dia masuk situ. Lepas tu siap suruh kawan-kawan i paksa dia minum. I tak sangka sampai macam ni effect dia pada Diana. Bila ingatkan balik, that was so terrible."

Ez tak sanggup meneruskan kata. Dia meraup wajahnya dan bersandar di kerusi. Jasmine tahu dalam diri Ez tak pernah berhenti menyesal dengan kesilapan lalu.

"Ez, enough. Benda dah jadi. I faham u won't stop blaming yourself. Tapi kita kena look forward apa nak buat lepas ni, alright?" Jasmine bertegas memujuk Ez kerana dia tidak mahu Ez berterusan menyalahkan dirinya.

"So what should i do?"

"Alright. Since kita pun tak tahu is that really a trauma and its severity, i pun tak boleh nak suka hati refer Diana dekat psychologist. Nanti mesti Diana pun terkejut kenapa benda ni jadi isu. Maybe for the time being u just tried your best pujuk dia slowly pasal benda ni. I mean slowly getting her trust in you. Don't force her. Kalau dah lama nanti pun still macam tak selesa dan tak percaya u, then i akan suggest u bawak jumpa i or straight to the psychologist."

DIANAWhere stories live. Discover now