12

15.2K 623 29
                                    

Diana rasa kakinya lemah melihat Ez dan sepupu-sepupunya di dalam kolam renang. Tangannya mula menggeletar. Dia harap itu bukan yang dia fikirkan.

Dia melihat seorang dari mereka menuang bir ke dalam beberapa gelas dan dihidangkan kepada yang lain. Mereka sudah menukar pakaian untuk mandi di kolam renang itu termasuk Ez dan Arman. Mereka hanya berseluar pendek dan yang wanita pula turut menukar pakaian dengan hanya berbikini termasuk Zeera dan Ellie. Bayangkan pergaulan bebas yang dilihatnya hanya di dalam filem kini di depan matanya. Dan lebih mengecewakan ini ialah keluarga suaminya dan salah seorang itu ialah suaminya sendiri.

Diana dapat rasakan jantungnya berdegup kencang.

'Astaghfirullah alazim.' Itu saja yang mampu dia kata di dalam hatinya. Tiba-tiba dia berhenti mengelamun.

"Kak Diana." Panggil Armel apabila dia melihat Diana terus meninggalkan ruang itu.

Diana terus turun ke bawah tanpa menghiraukan Armel. Langkahnya laju menuruni tangga. Dia tidak mahu percaya apa yang dia lihat tetapi dia perlu pastikan semua itu.

Setibanya dia di bawah, kelihatan ibu dan bapa saudara yang lain berbual seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku. Nenda sempat melihat mata Diana tapi tidak diendahnya. Namun, musik itu masih kedengaran. Diana terus menuju ke bahagian tepi rumah itu di mana kolam renang itu berada.

Di situ langkahnya terhenti. Dia terpaku di sebalik sliding door. Matanya benar sedang melihat mereka bergembira di situ. Dadanya sesak. Nafasnya berat. Jantungnya seolah terhenti.

Dia melihat Ez sedang bergelak ketawa sambil meneguk arak dari botol. Mereka yang lain turut minum air haram itu. Mereka juga bermandi manda di dalam pool itu seolah tiada batas sesama mereka. Dengan yang wanita berpakaian renang yang seksi dan tubuh badan yang mengghairahkan.

Diana turut melihat Ez berpelukan dengan Zeera yang hanya berbikini. Dia turut bergurau mendukung Zeera dan lompat bersamanya ke dalam pool. Yang lain juga turut mabuk dan berpesta di pool itu.

Ez sempat melihat Diana berdiri di sebalik sliding door itu. Dia tahu Diana terkejut. Jelas riak kekecewaan pada wajah Diana. Tetapi, kerana ego dan marah dengan Diana petang tadi masih tidak reda, Ez menjeling dan terus bergembira seolah tiada apa yang berlaku. Dan yang penting, kehidupannya inilah yang mahu ditunjukkan kepada Diana.

Diana yang terasa semakin lemah seperti mahu rebah di situ. Kepalanya mula berat.

"Ya Allah apa dosa aku pada Engkau ya Allah. Kenapa aku perlu menyaksikan suami aku dalam keadaan begini?" Mulutnya berkata perlahan. Matanya mula terasa panas. Dia takut.

Nonie yang kebetulan mengangkat pinggan di meja makan sedang lalu di sebelah Diana. Dia terkejut melihat Diana sudah pucat dan lemah seperti mahu jatuh.

"Puan Diana! Puan! Puan tak apa-apa? Ya Allah, kenapa Puan pucat ni? Mari saya bawa puan ke belakang." Kata Nonie yang turut panik.

Nonie tolong memimpin Diana ke belakang supaya dapat berjumpa dengan Mak Mah. Armel yang baru turun ingin mencari Diana tidak sempat berjumpa dengannya. Tetapi melihat abang Ez dalam keadaan begitu di pool, Armel mula tidak sedap hati.

Setiba di bahagian belakang, Diana disuruh masuk ke dalam bilik di mana pembantu rumah keluarga itu menginap. Mak Mah yang ternampak Diana dipimpin Nonie terus berlari ke arah mereka.

"Ya Allah Diana kenapa ni?!" Mak Mah mula panik melihat wajah Diana yang seperti hendak menangis. Dia yang menyuruh Diana duduk di katil terus memegang belakang Diana dan menepuk perlahan ibarat ibu memujuk anaknya.

Diana yang terlalu sebak akhirnya melepaskan tangisan. Dia menangis sepuas-puasnya. Pembantu rumah keluarga lain mahu menghormati privacy mereka terus keluar dari bilik itu. Diana sudah tak endahkan pandangan mereka.

DIANAWhere stories live. Discover now