16

17.9K 845 14
                                    

Sudah 3 jam Ez memandu kereta sekitar kawasan itu untuk mencari Diana. Jantungnya berdegup laju dari tadi. Fikirannya serabut tetapi apa yang dia pasti dia perlu pastikan Diana berada dalam keadaan selamat.

Nombor Diana tidak henti dipanggil. Namun, tiada jawapan. Wajah Ez jelas sangat resah dah risau dengan keadaan Diana ketika ini.

Nizam turut membantu mencari Diana tetapi tiada berita baik darinya.

"Apa kau dah buat ni Ez? This is totally wrong!" Nizam marah dalam panggilan telefon.

"Aku.... ishh kalau kau nak marah macam ni tak payah tolong aku!" Ez tidak tahu apa difikirannya sendiri. Dia mula kesal dan mahu masa berundur semula.

"Hmmm. Okay. Nanti apa-apa news let me know. I'll tell u if i have any." Balas Nizam. Talian diputuskan.

"Aku cakap kau bodoh nanti kau marah. Apa benda la kau buat ni, Ez?" Kata Nizam sendiri melepaskan kekecewaanya pada Ez. Dia memicit kepalanya. Tidak sangka kawannya itu tegar menyakiti Diana hingga tahap begini.

Ez pula tidak memberitahu rancangannya itu kepada Nizam kerana dia tahu Nizam tidak akan menyebelahinya. Ez menelefon Mak Mah di rumah. Terpaksa membongkarkan apa yang terjadi kepada Mak Mah. Suara Mak Mah jelas kecewa di telefon.

"Mak Mah jangan bagitahu bonda and papa tau. Please eh. Kalau Diana balik cepat-cepat call Ez." Suara Ez cemas meminta tolong Mak Mah di rumah.

Akhirnya jam sudah tepat 1 pagi, Ez pulang ke rumah dengan rasa kecewa. Diana tiada bersamanya. Dia terus masuk ke bilik dan duduk di katil. Tidak pernah dia rasakan perasaan risau sebegini dalam hidupnya. Adakah kerana dia mula sedar tanggungjawabnya pada Diana?

"Where are you Diana? Please answer me!" Ez merungut sendiri. Dia masih berusaha menelefon Diana. Dia panik memikirkan Diana yang telah hilang. Dia meraup kasar wajahnya apabila tiada jawapan dari Diana. Dia cuba lagi nasibnya menelefon Diana.

'Engaged?'

Wajah Ez berubah mengetahui Diana sudah mematikan telefonnya. Nafasnya kembali laju. Dia mula rasa sakit hati. Sakit hati dengan diri sendiri lalu dia menghempas phone ke atas katil.

Ez masuk ke dalam bilik air dan melihat cermin. Dia mengetap bibirnya apabila ingatannya mengimbas pada wajah Diana yang sedang terluka, menangis mengharapkan bantuannya. Tetapi entah apa syaitan yang merasuki fikirannya ketika itu, dia sanggup biarkan Diana keseorangan. Kerana dia mahu Diana terseksa.

Semua salah egonya kerana takut mengaku dia sudah mula sayangkan Diana. Dia takut dirinya mula menerima Diana sebagai isteri. Bertambah egonya apabila melihat Wafi bermesra dengan Diana.

Ez merenung dirinya pada cermin besar di dalam tandas. Dia kecewa dengan manusia di depan matanya.

Pprannnggg!!!

Berderai jatuh cermin itu ditumbuk kuat oleh Ez.

"Errghh!!"

Berkali-kali dia menumbuk cermin di depannya dengan penuh rasa marah. Kaca-kaca bertebaran di atas sinki dan lantai. Tangan Ez mula mengalirkan darah. Matanya mula berkaca. Badannya menggeletar.

"Ez, bukak pintu ni!!" Suara papa di luar pintu mengetuk kuat pintu biliknya. Bunyi cermin dipecahkan itu kuat hingga didengari papa yang masih belum tidur di biliknya di tingkat 2.

Ez mula tersedar dari lamunannya. Dia perlahan menuju ke pintu dan membuka pintu itu. Hatinya berdebar takut dengan papa.

"What happened? Bunyi apa yang pecah tadi?" Suara papa jelas sangat risau.

Ez senyap. Mata papa terus tertumpu pada tangan Ez. Darah yang mengalir membuatkan papa terkejut.

"Ez apa ni?! Astaghfirullahalzim. U buat apa sampai berdarah ni?"

DIANAWhere stories live. Discover now