22

19.6K 802 19
                                    

Diana yang baru keluar dari ruang makan terus menuju ke depan. Matanya terus terlihat kereta Ez dipandu Nizam telah diletakkan di depan porch. Nizam keluar dari kereta lalu menuju ke pintu. Namun, kakinya terkaku apabila melihat Diana di ruang depan rumah itu.

"Hai." Diana mengangkat tangan kekok.

Nizam masih tercengang. Diana hanya ketawa kecil melihat riak wajah itu.

"Muka saya macam hantu ke?"

"Eh tak. Tak." Nizam terus tersedar.

"Sihat ke?" Soal Diana.

"Sihat. Err sihat. U....u memang...." tersekat sekat suara Nizam.

"Okay rileks. Tarik nafas. Hembus. Rileks okay. Apa awak nak tanya sebenarnya ni?" Diana masih ketawa melihat Nizam tidak percaya kepulangannyake Villa Cempaka.

"Bila u balik sini?"

"Baru je malam tadi. Tak sampai 24 jam lagi."

"So you come back for good?"

Diana terkedu seketika. Dia faham soalan Nizam tetapi dia sendiri tiada jawapan yang kukuh.

"InshaaAllah. Tengoklah apa yang jadi nanti. But i hope for the best." Balas Diana berterus terang.

Bibir Nizam terus mengukir senyuman. Hatinya terlalu gembira dengan berita ini.

"This is a very good news. Sampai hati betul Ez tak cakap dengan i. I ni tiap-tiap hari update pasal u kat dia. Bila u balik, dia boleh buat senyap je. Erghh!"

"Update pasal saya?" Diana menyoal Nizam semula.

Wajah Nizam berubah.

"Alaa pasal cari u la. Like i said before. Ez hari-hari tunggu u. So i la kena tolong dia."

"Ooh." Diana mengangguk perlahan. Hatinya tersentuh. Lah cepatnya tersentuh.

"Eh by the way. Ez tengah breakfast. Would you like to join?"

"No thank you. I baru makan tadi. I tunggu dia je lah." Balas Nizam

Diana terus mempelawa Nizam untuk duduk di ruang depan. Diana mula meminta dirinya.

"Diana." Nizam memanggil semula.

"Yup?" Diana pantas menoleh.

"Thank you."

"For what?" Diana berkerut perlahan. Air kosong pun tidak dihidangkan untuk Nizam.

"For coming back to Ez."

Wajah Diana berubah. Hatinya terus berdebar.

"I bet he is the happiest person now. Thank you for giving him second chance. And thank you for giving all of us another chance."

Diana tidak tahu apa yang patut dibalas. Kata-kata Nizam ini ibarat penghargaan yang terlalu besar. Sedangkan dia sendiri tidak takdir rumahtangganya bersama Ez.

Bibir Diana cuba mengukir senyuman pahit.

"I have to. Ez pun tak nak lepaskan saya. Dan saya tahu tempat saya ialah di sisi suami."

Nizam hanya melihat Diana pergi. Hatinya terbit rasa bersalah. Dia tahu hati Diana masih terluka.

.

Selepas semua telah ke tempat kerja masing-masing, Diana ke luar berehat di halaman. Dia duduk di pagola yang berhadapan dengan kolam ikan. Dia rindukan suasana ini. Kawasan yang sejuk dilindungi pokok dan bunyi air kolam yang menenangkan. Dulu di situlah dia suka luangkan masa selepas Asar sementara menunggu semua pulang dari tempat kerja jika bukan di dapur.

DIANAWhere stories live. Discover now