10

16.3K 670 4
                                    

Kerana sudah biasa bangun awal pagi, Diana akan bangun sendiri pada jam 5.30 pagi. Mata dibuka dan memandang sekeliling. Dia dapat rasakan suasana di sekeliling lain. Selesa semacam. Dibuka matanya, terhenti terus otak bila lihat wajahnya betul-betul di hadapan wajah Ez yang sedang lena. Tangannya sedang memeluk pinggang Ez.

Dia tergamam di situ cuba berfikir apa yang terjadi malam tadi. Dia cuba mengerdip mata beberapa kali kerana rasa dirinya sedang mamai. Dia mahu terjaga dari mimpi ini.

'Oh God, ni memang real.' Diana tersedar Ez masih berada di depannya. Kini dia yakin dia berada di bilik tidur Ez.

"Aaaaaaaaaaaa!!" Terus Diana menjerit sekuat hati. Dia terus tergesa-gesa bangun. Tangannya yang dialih laju tak sengaja memukul dagu Ez dan buatkan Ez terjaga.

"Auuchh!! Sshhh! What's wrong with you?!" Wajah Ez berkerut kerana terkejut dikejut begitu. Dia menyuruh Diana diam.

"Awak la yang kenapa! Kenapa saya tidur kat sini?" Wajah Diana jelas panik. Dia terus berdiri di tepi katil.

Ez meraup wajahnya. Dia mengeluh panjang. Tidak sangka Diana akan memarahinya tentang hal ini.

"U yang tidur dulu sini okay."

"Tapi kenapa awak tak kejut saya? Awak sengaja je kan?" Diana mula syak Ez nak apa-apakannya.

"Wow excuse me! U yang sedap peluk-peluk i last night. Seronok sangat tidur dengan i sampai tak nak lepas. Lepas tu cakap macam i yang salah." Balas Ez. Puas hati!

Diana yang tidak keruan dengan jawapan Ez terus meninggalkan bilik itu. Ketika itu, hujung bibir Ez mula tersenyum. Suka dia melihat reaksi Diana. Dan yang penting, Diana menemaninya tidur di bilik itu malam tadi.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ketika makan malam, Ez, bonda dan papa sudah berada di meja makan. Armel masih belum pulang keluar bersama kawannya.

"Next Monday Ez depart lah."

"Oh." Bonda menjawab.

Kelihatan Diana datang ke meja selepas habis menolong Mak Mah di dapur.

"Diana tak nak ikut sekali?" Diana yang tidak tahu cerita tiba-tiba disoal papa.

"Ikut siapa? Pergi mana?"

Bonda yang mendengar soalan spontan Diana terus merenung Ez.

"Ez tak bagitahu Diana? Seriously?" Bonda mula tegas.

"Emm...not yet." Ez buat muka tak bersalah.

Bonda menahan geram dengan jawapan anaknya. Tidak mahu memarahi Ez di depan Diana.

"Diana, Ez ni outstation next week. Dia pergi Japan for one week. Tu yang papa tanya Diana tak ikut sekali ke. Boleh makan angin alang-alang Ez ke sana. Bila Ez habis kerja, boleh la both of u jalan-jalan." Jelas bonda.

Diana terdiam. Terbit rasa kecewa Ez tidak memberitahunya. Namun, dia tidak rasa sesuai untuk dia mengikut Ez atas urusan kerja. Dan memang taklah dia dengan Ez pergi melancong berdua!

"Emm.... tak kot bonda. Abang Ez pergi atas urusan kerja kan."

"Yup that's right. Tak payah la ikut." Ez tanpa rasa bersalah terus bersetuju dengan Diana.

Diana terkedu seketika. Jelas sangat Ez pun tidak mahu dia mengikut.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Hari demi hari berlalu. Ez sudah bertolak ke Jepun pada pagi Isnin. Entah kenapa malam pertama Ez tiada di Villa Cempaka Diana terasa ketiadaan Ez di rumah.

DIANAWhere stories live. Discover now