34

17.2K 639 26
                                    

Mata Ez memerhatikan Diana yang sibuk menguruskan kain bajunya.

"Diana, Diana tak ada buat apa kan harini? Jom kita keluar?" Ez menyoal Diana.

"Okay je kalau abang free. Nak pergi mana?" Laju Diana bersetuju. Jawapan itu terus buatkan Ez tersenyum. Suka hatinya melihat Diana semakin selesa dengannya.

"Anywhere. Diana tak ada teringin nak makan apa-apa ke?"

Diana mula menghampiri Ez yang sedang berbaring di sofa biliknya. Ez baru selesai bercakap telefon dengan rakan sekerjanya tadi.

"Ada." Jawab Diana sambil tersengih.

"What is it?" Ez hairan melihat gelagat Diana.

"Sushi." Jawab Diana dengan wajah teruja.

Riak wajah Ez berubah.

"Emm lain lah."

"Apa ni, tadi abang yang tanya. Alaaa jom la. Tak pernah makan dengan abang." Diana memujuk Ez.

Ez tidak menggemari sushi. Hanya pernah makan beberapa kali sahaja dalam hidupnya. Tetapi melihat Diana yang teringin nak makan dia ikutkan sahaja.

"Okay lah. Nak sushi mana?"

"Yeay! Sushi King ok tak?"

"Sushi king? Kedai jepun lain tak nak ke?Wagyu ke Sukiya ke."

"Tadi dia yang tanya." Diana membuat muka.

"Abang suggest je." Ez tergelak melihat muncung Diana.

"Diana nak yang ada sushi atas conveyor tu. Baru best feeling makan sushi."

"Okay fine. Sushi King eh. Kita dinner situ lah. Lepas Asar kita keluar."

"Okay!" Tersenyum lebar Diana keluar dari bilik Ez. Gembira Ez mahu melayan kerenahnya.

.

Mereka tiba di Sushi King IOI City Mall. Bersinar mata Diana melihat sushi yang berada di atas conveyor seperti baru dihidang.

Selepas membelek buku menu, Diana membuat pilihannya.

"Saya nak Nagoya Spicy Noodles. Abang nak yang mana?"

"Emm..."

Diana perhati wajah Ez seperti tidak dapat membuat pilihan. Ez sendiri pun tidak tahu yang mana kena dengan tekaknya.

"Abang, abang tak suka makan sini eh?"

Ez rasa bersalah nak cakap pada Diana.

"Actually I rarely eating Japanese food. Entah last time makan pun 3 or 4 years ago."

"Tapi abang suka ke tak?"

"Okay je."

"Alaaa macam tak suka je. Kenapa tak cakap tadi? Kita pergi restoran lain nak?" Diana tahu selepas melihat riak wajah Ez, Ez tak sukakan makanan Jepun. Dia mula rasa bersalah. Ikutkan kepala dia sahaja, lupa kepala suami sendiri.

"Eh janganlah. I'm okay. Boleh la try rasa balik. I don't even remember the taste."

"Betul okay?"

"Yup. But please suggest me what is good here."

"Emm okay. Kalau macam tu yang ala carte kita order satu noodle, satu salad dengan matcha ice-cream. Kalau awak rasa okay sushi sini, baru kita order lain eh?" Diana mencadangkan menu untuk mereka. Dia rasa terharu Ez bersetuju mahu makan di situ.

"Alright. Abang ikut je." Ez jawab sambil tersenyum.

Sementara menanti makanan yang dipesan mereka mengambil sushi di conveyor. Ez pada mulanya kekok untuk makan.

DIANAWhere stories live. Discover now