33

16.8K 688 22
                                    

Diana termenung di anjung Hotel Istana di mana tetamu lain turut berada untuk mengambil angin malam. Matanya merenung kota raya itu. Namun pandangannya kosong. Masih terngiang-ngiang kata-kata Sabrina dalam fikirannya.

Sejak tadi nafasnya berat. Terasa kakinya lemah. Dia melarikan diri dari keramaian itu untuk menenangkan fikirannya yang kusut.

Tidak pernah dia terfikir soal perangai Ez yang suka berfoya akan melarat hingga ke katil. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya Ez yang suka bersosial tanpa malu akan tunduk pada hawa nafsu.

'Aku tahu Ez kaki minum, suka ke kelab malam dan tak jaga batas dengan perempuan. Kenapa aku boleh tak terfikir Ez pernah buat benda tu?'

Wajah Diana jelas hampa.

'Aku faham perangai dia memang macam tu dari dulu tapi macam mana kalau lepas kahwin pun dia pernah....'

Diana tak sanggup membayangkan hal itu. Setelah 6 bulan dia membaiki hatinya yang hancur untuk beri kepercayaan semula pada Ez tetapi hampir punah semula kerana kata-kata perempuan itu. Tanpa sedar air matanya bertakung. Segera dia menyeka, tidak mahu dilihat orang.

'Sebab tu ke dia tak pernah mintak dengan aku?' Diana mula mempersoalkan hak batin yang tidak pernah dituntut Ez. Dia mula teringat pada awal perkahwinan mereka dulu, Ez sendiri pernah memberi amaran padanya supaya tidak meminta hak batin dari Ez. Adakah kerana Ez mempunyai wanita yang lain yang akan melunaskan kemahuannya?

"Astaghfirullahala'zim."

Diana menghembus nafas yang panjang. Dia menggeleng dan menghentikan fikiran negatifnya yang jauh menerawang.

'Nope. Aku tak boleh macam ni. Aku takkan semudah itu nak percaya cakap orang luar pasal suami aku.'

Sebelum berkahwin lagi dia sudah belajar yang jangan sesekali membiarkan orang luar menghasut hal rumahtangga sendiri. Jadi dia tidak mahu bulat-bulat menerima cerita Sabrina tadi. Namun, di lubuk hatinya Diana masih ragu-ragu kerana tahu Sabrina lebih mengenali Ez dari dirinya. Dan dia akui hatinya tidak tenang sejak berjumpa Sabrina tadi.

"Laaa awak kat sini ke." Suara Ez muncul dari belakang.

Diana terkejut dan pantas menoleh.

"Saya cari awak merata tadi. Call pun tak angkat. Lepas tu tengok orang lain keluar pergi sini, rupanya awak pun kat sini."

"Aah lupa pulak phone saya silent. I'm sorry. Saja saya ambil angin malam kat luar. Emm... awak dah habis ke? Kalau belum saya tunggu awak kat sini je lah."

"Dah habis dah. Let's go home. Nak dekat pukul 11 dah ni." Ez mengajak Diana pulang. Dia tahu Diana penat. Dia sendiri pun penat kerana bekerja hari ini.

"Okay." Diana hanya tersenyum nipis.

Namun, Ez perasan seperti ada yang tidak kena dengan Diana. Diana seperti melarikan anak matanya.

Di dalam kereta, Diana hanya senyap dan termenung ke luar tingkap. Selalunya dia akan bercakap juga apabila Ez dan Nizam berbual.

Ez sebolehnya ingin bertahan dari bertanya pada Diana kerana tidak mahu Nizam mendengar. Tetapi dia risau melihat Diana senyap sebegitu.

"Diana." Lembut memanggilnya di sebelah. Diana terus menoleh melihat Ez.

"Are u good?"

Diana terkedu dengan soalan Ez. Dia mengangguk perlahan.

"Okay...okay je. Mengantuk sikit."

"Oh ye ke. Nanti balik tidur la terus lepas solat Isyak."

Diana hanya mengangguk dan senyap semula.

DIANAWhere stories live. Discover now