1

33.7K 1K 21
                                    

"Diana! Diana!"

Tok! Tok! Tok!

"Diana bukak la pintu ni." Puan Rozita mengetuk pintu bilik Diana sambil memanggil anaknya itu.

"Kejap mama. Tunggu kejap please." Suara Diana seperti tergesa-gesa menghampiri pintu.

Pintu dibuka pantas.

"Yes mama sayang. May I help you?" Diana menyoal dengan wajah cuba tersenyum. Dia cuba menyembunyikan suara mengahnya berlari ke pintu.

"Lambatnya Diana bukak pintu."

"Diana dalam toilet mama."

"Diana, jom ikut papa." Mama masuk ke dalam bilik Diana dan terus duduk di atas katil. Dia memandang anak bongsunya itu.

Sarah Diana ialah anak bongsu kepada Encik Naufal dan Puan Rozita. Gadis berusia 24 tahun itu sedang menanti panggilan kerja selepas beberapa bulan majlis graduasinya. Jadi buat masa ini dia berada di Ipoh bersama kedua ibubapanya sementara dua kakaknya sudah bekerjaya dan menetap di luar Perak.

"Ikut papa pergi mana?" Diana menyoal.

"Kuala Kangsar. Senior dia masa kerja kat KL dulu meninggal. Tengku Rahman. Diana ingat tak kita pernah jumpa dia dulu-dulu masa hi tea office papa tu ?"

"Tengku Rahman? Hmm his name sounds familiar, but I totally don't remember his face. Plus, zaman bila la kita ikut papa pergi hi tea tu. Kita pindah dari KL pun dah lebih 10 tahun."

"Alaa yang related dengan kerabat diraja tu."

"Err tak ingat la. But I know he is someone to papa. Whatever lah. Tapi, kenapa Diana nak kena pergi? Dah la kawan kerja papa, bukan saudara pun. Tak nak lah."

"Mama ajak sebab nak Diana teman mama la. Mama tak nak la, nanti mesti lonely kalau papa jumpa kawan-kawan dia nanti."

"Mama nak lonely kenapa. Mama duduk je la sekali dengan papa. Macam tak biasa ikut papa berdua je."

"Diana, please. Ikut je la. Lagipun next week Diana nak pergi KL dah. Nanti kita jalan-jalan la kat KK tu. Makan laksa." Mama megangkat kening cuba memujuk Diana.

Hati Diana akhirnya kalah mendengar pujukan mama. Apatah lagi apabila mama menyebut dia akan ke Kuala Lumpur meninggalkan mama dan papa di Ipoh, hatinya rapuh.

"Hmm ye lah ye lah."

"Haaa! Macam tu la. Okay go get ready. Cepat tau. 8.30 kita gerak."

"Alright ma." Balas Diana dengan mendatar.

Diana menutup pintu bilik selepas melihat mama keluar. Dia menghela nafas panjang sambil melihat jam dinding. Dalam 45 minit masa untuk dia bersiap.

"Baru ingat harini nak keluar dengan Amelia." Diana sedikit kesal terpaksa membatalkan niatnya mahu mengajak kawan lamanya keluar hari ini.

Diana menghampiri almari bajunya. Tangannya mula membelek-belek bahagian jubah dan dress yang tergantung. Diambil sehelai jubah hitam yang disulami benang hitam. Batu-batu berwarna hitam yang menghiasi sulam menambah keserian pada jubah itu.

DIANAWhere stories live. Discover now