44

18.6K 585 8
                                    

Diana teruja menjalani kehidupan sebagai ibu hamil. Setiap hari dia belajar sesuatu mengenali dirinya yang sedang mengandung. Apabila kandungannya mencecah hampir 2 bulan dia mula merasa simptom seperti pening dan mudah muntah. Hampir setiap hari dia akan muntah.

Pada mulanya Diana seronok kerana tidak menghadapi morning sickness seperti yang dia selalu dengar dari orang lain. Namun apabila dia menghadapi sendiri, barulah dia tahu. Tubuhnya sering terasa sangat penat. Ez sendiri sebak melihat kedaaan Diana yang perlu menanggung perit mengandung.

Ez cuba sebaik mungkin untuk membantu Diana. Dia sentiasa mengambil berat tentang keadaan Diana walaupun dalam keadaan sibuk dengan projek di Kajang yang telah berjalan. Ez turut berasa risau jika Diana perlukan bantuannya ketika dia tiada di rumah.

"Diana, abang nak bincang something boleh?" Ez memulakan perbualan ketika mereka di dalam bilik tidur.

"Boleh. Apa dia?"

"Diana rasa okay ke bila abang tak ada kat rumah atau outstation? I mean, do u need help when i'm not around?"

Diana melihat Ez dengan wajah hairan.

"Okay je. Nonie kan ada teman Diana."

"Ya la. Tapi kadang-kadang dia keluar pergi pasar Diana tinggal sorang kan."

"Tak apa la. Sekejap je pun Nonie pergi pasar. Diana okay je. Bukannya tak larat jalan lagi. Perut pun kecik lagi."

"Hmmm alright."

Ez masih memandang Diana. Kemudian dia menyambung lagi.

"Tapi, nak tak bila Diana dah masuk third trimester nanti, kita stay dekat Villa Cempaka?" Ez merenung wajah Diana dengan wajah risau.

"Kenapa? Kan abang kata projek kat Kajang ni lagi dekat dari sini?" Diana mula hairan.

"Betul. Tapi abang still kena pergi office. And I don't want u to be alone at home. Nanti baby dalam ni makin besar Diana pun makin tak larat. At least kat Villa Cempaka ada Armel, Bonda dan Mak Mah nak tengokkan Diana."

Diana mula mengerti niat Ez yang risau keadaannya. Tangan Diana naik mengusap pipi Ez.

"Diana okay lah. Abang ni risau sangat. Tapi kalau itu yang abang nak Diana ikut je. Okay?"

Ez perlahan mengucup dahi Diana. Lega Diana bersetuju dengan cadangannya.

.

Jadi buat masa ini mereka masih tinggal di kondo Ez. Apabila usia kandungan Diana mencecah trimester kedua, simptom kerap pening dan muntahnya mula berkurang. Tetapi dia mula mengalami masalah emosi.

Ada saja yang tidak kena. Kadang-kadang apabila tidak dapat perhatian Ez ketika dia sedang bercakap pun dia mula merajuk. Pernah Ez tidak membalas mesejnya, malam itu Diana hanya layan Ez acuh tak acuh saja. Kalau dia mula pening dan mual, sebolehnya dia tidak mahu Ez menganggunya.

Ez mula perasan sikap Diana berubah apabila kandungannya makin membesar. Setiap hari dia terasa penat pulang dari kerja namun di rumah Diana pula beremosi dan sikap keras kepalanya makin menjadi-jadi. Ez cuba memujuk dirinya agar bersabar dalam melayani kerenah isterinya.

Kadang-kala Ez sengaja membaca di internet tentang pengalaman suami melayan kerenah isteri yang sedang mengandung. Dari situ baru dia sedar perubahan Diana tidaklah seteruk yang dia sangka. Ada yang lebih dasyat perubahan yang berlaku pada isteri mereka. Tersenyum-senyum Ez membaca pengalaman mereka.

Ez yang sedang baring di sofa sambil bermain telefon toleh seketika mengintai Diana yang sedang leka menonton tv di sofa sebelah. Ez tersenyum sendiri. Suka melihat kecantikan Diana yang semakin menyerlah sejak mengandung. Mula terbit rasa syukur dalam hatinya.

DIANAWhere stories live. Discover now