15

18.1K 758 109
                                    

Keadaan bilik itu semakin menakutkan. Diana mula panik apabila melihat Faz bangun dan duduk di sebelahnya. Tetapi, dia masih cuba berlagak tenang. Namun itu hanya seketika, hatinya semakin berdebar apabila Faz sempat mengambil segelas gelas berisi arak dan menghulurkan kepada Diana.

"I know u never experienced this. But, maybe this time u wanna try?" Faz mempelawa Diana minum minuman haram itu sambil tersenyum. Dia mula meletakkan sebelah tangan lagi di kepala sofa di belakang Diana. Diana spontan menjarakkan tubuhnya dari Faz. Faz hanya tergelak sinis. Dia menggerakkan tubuhnya semakin rapat dengan Diana.

Degupan jantung semakin laju. Diana terus menoleh ke arah Ez. Dia mengharapkan suaminya itu akan melindunginya. Namun, Ez tidak mempunyai respon. Diana cepat-cepat menolak pelawaan itu.

"No. I won't drink that."

"Kenapa?"

"Saya tak nak. Saya tak minum air ni."

"Sebab u bertudung ke? U tak payah risau. There're so many hijabis out there who drink this. U je tak tahu." Faz tak putus memujuk dan menghala gelas itu hampir ke muka Diana.

"Tak apa." Diana mula berkerut. Dia mula rimas dengan kelakuan Faz.

"Okay. Sikit je. Mula-mula kitorang pun try sikit je dulu. Try eh?" Faz menghulur lagi.

"Saya tak nak lah." Diana mula rasa dirinya dipaksa.

"Try je lah. Sikit je pun takpe. Apa yang susah sangat?" Suara Faz mula tegas.

Wajah Diana jelas marah. Tetapi hatinya resah. Diana mahu keluar dari bilik itu. Dengan bunyi musik yang bingit dan bilik yang agak gelap buatkan dia tak dapat berfikir dengan tenang. Dia sangat tidak selesa ketika ini. Faz masih menghala air haram itu pada wajahnya.

"Saya kata saya tak nak!!" Diana mula naik suara. Dia menolak kasar tangan Faz hingga air itu hampir tertumpah keluar dari gelas.

Faz yang melihat respon Diana yang baginya kurang ajar mula berang. Dia geram lalu menyimbah air arak itu ke muka Diana. Diana terkejut dengan tindakan Faz. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Rasa marah semakin membuak. Dia tak sangka dia akan dilayan sebegitu.

Faz pula masih berwajah tegang. Diana menoleh ke arah Ez. Dia melihat wajah Ez seperti tidak rasa bersalah. Ketika itu, Diana mula yakin Ez sememangnya tahu niat mereka melayan Diana sebegitu.

"Apa ni Ez?" Mata Diana mula berkaca. Mengharapkan pertolongan seorang suami, namun harapannya sia-sia. Ez tidak memberi sebarang respon dan membiarkan rakan-rakannya mengusik Diana.

Tiba-tiba Karl mula bangun dan berdiri di belakang Diana. Selamba dia tunduk dan kedua tangannya menyentuh bahu Diana.

"Kau ingat diri kau tu baik sebab kau bertudung je ke? Okay then, bukaklah tudung tu. Kau pun bukanlah baik sangat. Kalau dah sibuk mengata orang kan?"

Kata-kata Karl terus mengingatkan Diana pada kesilapannya pada hari pengebumian Tengku Rahman. Dia mula sedar yang Ez memberitahu hal itu pada mereka. Dan dia mula terfikir jika perbuatan mereka ini hanya untuk membalas dendam kerana kesilapannya dulu. Mata Diana merenung Ez.

Ez hanya tersenyum senget. Senyumannya jelas sinis. Seolah puas hati Diana sudah faham niatnya membawa isterinya ke sini. Puas hatinya Diana dapat merasa balasan dendam oleh manusia yang dikutuk dan dicemuh kerana mulutnya sendiri.

"Korang ni gilaaa!" Diana menolak Faz dan mahu bangun dari situ. Tetapi usahanya gagal apabila Faz mula menarik lengan Diana menahannya daripada bangun.

"Girls, take it off!" Karl mengarahkan gadis-gadis pelayan tadi membuka tudung Diana. Mereka mula bangun dan menghampiri Diana.

"Faster!!!" Karl mula bertempik. Gadis-gadis itu terus memaksa Diana mencabut tudung itu. Diana bergelut dengan mereka. Dia memarahi mereka sambil menahan tudungnya di kepala demi menjaga auratnya.

DIANAWhere stories live. Discover now