46

19.8K 596 9
                                    

Diana terkaku melihat wajah itu di depan matanya.

"Abang." Sepatah itu saja yang keluar dari mulut Diana kerana terkejut.

"Tak jawab salam pun." Ez melangkah masuk ke dalam rumah tanpa dijemput. Dia membawa sehelai baju yang digantung dan sebuah luggage kecil.

"Ha? Err...waalaikumsalam. Abang, abang buat apa err.. kenapa abang kat sini?" Diana tergagap kerana masih tidak percaya Ez berada di depannya.

"Nak ziarah parents in law abang la." Ez jawab sambil buat muka hairan mendengar soalan Diana.

"Eh Ez, sampai dah? Haa elok la. Mari makan terus. Sikit lagi papa balik la dari surau. Jalan jam tak?" Mama muncul dan menyambut kehadiran menantunya.

"Tak jam pun cuma banyak kereta. Mama sihat " Ez bersalaman dengan mama.

Diana memandang wajah Ez dan mama bersilih ganti.

"Mama tahu? Kejap. Kejap. Apa ni? Mama bagitahu Abang Ez eh?" Diana memotong perbualan mereka.

"Bagitahu apa? Dah la tu. Daripada Diana membebel baik tolong ambikkan nasi tu." Mama cuba mengelak.

Ez tersenyum senget melihat reaksi Diana lalu dia ke ruang makan. Diana tercegat memerhati mereka berdua. Dia akhirnya turut melangkah ke dapur.

"Assalamualaikum. Ez dah sampai ya?" Suara papa menyapa. Dia baru pulang dari surau.

"Waalaikumsalam. Baru je sampai papa. Papa sihat?" Ez bersalaman dengan papa pula.

"Sihat alhamdulillah. Dah jom kita makan. Nanti boleh rehat." Papa menepuk perlahan belakang menantunya itu.

Diana di dalam dapur sudah membuat muka. Kenapa seperti dia seorang sahaja yang beria hendak merahsiakan hal ini? Tetapi papa dan mama elok sahaja beramah mesra dengan menantu mereka.

"Papa bagitahu abang Ez eh?" Diana sempat berbisik pada papa ketika papa datang ke dapur.

"Dah Ez yang tanya. Dia kena tahu isteri dia ada kat mana. Lagipun dia kan menantu rumah ni. Apa salahnya dia balik sini." Papa jawab dengan suara perlahan.

"Alaaa papa ni." Diana geram dengan papa.

Papa terus beredar meninggalkan Diana kerana malas mahu melayan kerenah anaknya itu.

Diana pula masih bingung dengan situasi itu. Dia memerhatikan mereka bertiga di meja makan. Semuanya berketawa berbual seperti tiada apa yang berlaku.

Hati Diana mula panas memandang wajah Ez yang tersenyum gembira ketika berbual. Dia mula teringat kata-kata Ez malam tadi. Dia akui dia masih berkecil hati. Diana hanya mendiamkan diri dan hanya menjawab pendek sahaja jika ditanya mama dan papa.

Namun, apabila melihat wajah Ez yang kelihatan sangat penat, timbul rasa kasihan dalam hati Diana. Dia mula rasa bersalah kerana tahu Ez terpaksa datang ke Ipoh hanya untuk mencarinya. Sedangkan dia sendiri keliru niatnya melarikan diri ke Ipoh.

Sudah tentu Diana kecewa dan marah dengan kata-kata Ez malam tadi. Dia merajuk dengan Ez dan tidak mahu menjumpai Ez buat seketika. Dia mahu membawa diri jauh dari Ez tetapi dia tidak sangka Ez akan menjumpainya secepat ini. Dia tidak sangka Ez sanggup datang sendiri ke Ipoh untuk menemuinya.

.

Selepas semua selesai makan dan mengemas meja, Diana mencuci pinggan di dapur. Papa dan mama berada di ruang tamu. Tiba-tiba Ez memasuki dapur untuk meminum air. Diana tersentak melihat Ez ada di situ. Suasana sepi dan kekok. Ez sengaja tidak mahu menegur Diana.

Melihat Ez hanya mendiamkan diri, Diana cuba memecah kesunyian.

"Kenapa abang datang sini?" Soal Diana tanpa memandang Ez.

DIANAWhere stories live. Discover now