48

18.6K 582 16
                                    

Ez menapak langkah satu persatu menuju ke Dewan Azalea di Hotel W dengan penuh rasa berdebar. Bibirnya tersenyum melihat poster perasmian anak syarikat Wafi yang dibuka dalam industri pelancongan. Rasa bangga ada ahli keluarga yang menapak satu langkah dalam hidup. Hatinya senang memenuhi undangan ini.

Ez mula perhatikan satu persatu jambangan bunga yang berderet di depan pintu dewan. Dan akhirnya dia terhenti di depan jambangan bunga ros berwarna merah dan merah jambu.

Congratulations on your another milestone!
-R&A Construction

Selang beberapa jambangan itu pula terdapat jambangan bunga tulip putih dan merah jambu.

Congratulations Wafi! You made it!
-Ez & Diana

Ez mendengus sinis. Diana diam-diam menghantar jambangan bunga ini siap diletak namanya. Bila masa pula dia bersetuju dengan tempahan ini. Yang dia tahu, dia hanya menghantar jambangan bunga di bawah nama syarikatnya. Ini mesti Diana hanya mahu menjaga imejnya sebagai saudara.

Mata Ez melilau saat dia masuk ke dalam dewan. Dia lihat orang ramai sudah memenuhi tempat duduk. Dia lihat dua meja dipenuhi keluarga besarnya. Akhirnya mata Ez terus tertancap pada Wafi. Dia lihat Wafi sedang sibuk menyambut tetamu di ruangan lain.

"Eh!" Armel yang tercengang membuatkan semua di meja memandang ke arah pintu.

"Abang Ez datang?" Kata Armel dengan wajah hairan.

Diana yang sedang bermain dengan Dahlia di atas ribanya terus tergamam. Semua mereka saling berpandangan. Seolah tidak faham apa yang sedang berlaku. Memang peliklah dengan kehadiran Ez di majlis Wafi.

"Ez kata dia nak datang ke?" Soal bonda kepada Diana.

"Abang Ez kata dia ada meeting. Diana assume dia tak naklah datang sebab majlis Wafi kan." Balas Diana.

Bonda mengeluh. Diana pula diam-diam menyimpan rasa risaunya dalam hati. Mata mereka hanya memandang Ez yang sedang menghampiri mereka.

"Hi everyone." Sapa Ez. Dia bersalaman dengan mereka.

"Aik? Tak sangka pulak Abang Ez nak datang hari ni." Kata Armel.

"Biasalah. Mood tiba-tiba nak datang."

Armel hanya membuat muka tanda isyarat pada yang lain yang dia sangat pelik dengan Ez. Ez sempat menyentuh lembut kepala Diana.

"Hmm baguslah nak datang memenuhi undangan. Tapi rasanya mesti Ez datang ada sebab kan?" Bonda menyoal.

"Dah dia jemput family kita kan? Salah ke Ez saja datang?" Balas Ez.

"Tak...." Balas bonda teragak-agak. Masih pelik dengan perangai Ez.

"Hmm Diana? Salah ke abang datang?" Ez menyoal Diana pula.

"Tak. Tak salah." Balas Diana dengan nada ragu-ragu.

Ez hanya menyimpan rasa geli hati melihat reaksi mereka.

"Papa mana?" Soal Ez.

"Meja sana. Meja tu untuk VIP. Eh, Ez duduklah sini." Pelawa Abang Am sambil menarik kerusi di sebelahnya.

"Hmmm thank you. But my seat is there too." Ez membalas sambil menunjuk meja VIP tadi.

"Haa?" Armel spontan berkerut hairan. Gila ke apa abangnya ini? Mereka yang lain pun turut terdiam.

Ketika itu, Wafi yang baru bersalaman dengan wakil syarikat lain terus terlihat Ez. Pandangan mereka bertentang seketika. Akhirnya senyuman mula terukir. Wafi terus mengangkat tangan pada Ez lalu dibalas lambaian dari Ez.

DIANAWhere stories live. Discover now