24

17K 621 4
                                    

Selepas perjalanan yang panjang itu akhirnya mereka tiba di Lapangan Terbang Hearthrow. Mereka terus ke The Langham Hotel untuk check in dan menukar pakaian yang sesuai ke pengebumian Aunty Marie.

Ez mengenakan kemeja hitam manakala Diana memakai blouse labuh berwarna hitam dan berseluar hitam. Dia turut mengenakan selendang hitam yang mempunyai sedikit abstrak berwarna kelabu.

Kemudian, mereka terus ke tanah perkuburan Brixton di mana berhampiran kawasan di mana Aunty Marie menetap. Mereka hanya duduk di dalam kereta sahaja sepanjang pengebumian itu kerana tahu tidak digalakkan ke majlis pengebumian agama lain.

Tiba-tiba Ez keluar dari kereta. Dia berdiri bersandar di pintu sambil memerhatikan proses pengebumian dijalankan. Sepanjang melihat keranda Aunty Marie dimasukkan, hatinya rapuh. Tanpa sedar air matanya bertakung. Segera jarinya mengelap air mata itu.

'Aunt Marie, I'm here. I'm glad that I can send you to here. Aunt Marie, I come with someone that I wish you can meet her before you go, like I promised. Someone that I love wholeheartedly. Someone that brings me joy and happiness. But you left too early. I regret that so much. I'm sorry Aunt Marie. I'm gonna miss you, so much.'

Ez berbisik dalam hatinya. Air mata diseka lagi. Diana tidak dapat melihat kerana dibelakangi tubuh Ez.

"Ez sedih sangat tu. Maybe dia ralat tak dapat jumpa Aunty Marie." Nizam memberitahu Diana. Dia perasan wajah Diana yang khuatir dengan keadaan Ez.

"Tak apa. biar I keluar tengok dia." Kata Nizam.

Dia turut keluar dari kereta dan berdiri di sebelah Ez. Dia menepuk bahu Ez perlahan tanda memujuk. Selepas semuanya selesai,mereka bergerak semula ke rumah Aunty Marie.

.

Ramai yang hadir ke rumah itu untuk menziarah suaminya. Mereka biasanya akan mengadakan jamuan kecil-kecilan bagi meraikan tetamu yang datang memberi penghormatan terakhir. Walaupun ramai tetamu sedang makan dan berbual,tetapi suasana rumah itu tampak suram dan penuh kesedihan.

"Uncle Gray." Perlahan Ez menghampiri dan memanggil seorang lelaki tua yang sudah beruban penuh di kepala. Diana yakin itu suami kepada Aunty Marie. Lelaki itu menoleh dan wajahnya jelas terkejut melihat kehadiran mereka.

"Ez!! Oh my God!!" Mereka terus berpelukan lama tanpa kata-kata. Uncle Gray mengalirkan air mata kesedihannya.

Selepas mereka meleraikan pelukan Uncle Gray melihat Nizam pula.

"You came with Nizam." Nizam kemudian memeluk Uncle Gray. Lama dan tiada kata-kata. Mereka saling memahami kesedihan yang dialami pada saat ini.

"How are you doing?" Nizam bertanya.

"Good. Great. Like here I am." Walapun sudah tua tetapi Uncle Gray masih sihat dan mampu tegap berdiri.

Uncle Gray mengelap air matanya. Matanya tertoleh pada Diana.

"And who is this lady?"

"This is....my wife. Diana." Ez perlahan memperkenalkan Diana kepada Uncle Gray. Wajah Uncle Gray berubah teruja mendengar jawapan itu.

"Really? You have been married ?!" Uncle Gray tergelak dalam tangisannya. Terharu Ez sudah berumahtangga.

"Yeah! I'm really sorry for not telling. It was such a rush and..." Ez hanya menggeleng keliru bagaimana mahu menjelaskan kepada orang yang pernah menjaganya dulu. Ez mula rasa bersalah kerana dulu dia pernah berjanji mahu menjemput mereka ke majlis perkahwinannya suatu hari nanti. Tapi, ini bukan satu perkahwinan yang dia mahukan pada mulanya. Hatinya semakin kesal melihat wajah tua Uncle Gray.

"Nevermind! It is great to meet her today at least. Diana. What a lovely name! As lovely as you." Uncle Gray sangat sporting tidak ambil hati dengan Ez. Dia hanya teruja berjumpa dengan Diana.

DIANAWhere stories live. Discover now