9

15.6K 744 19
                                    

Ez melihat Diana begitu teruja berjumpa sepupunya, Imran. Dengan sepupu yang lain pun teruja juga. Mungkin sebab yang lain perempuan jadi dengan Imran ini Ez mula terasa hairan melihat keakraban mereka.

"Kaklong dan kakngah tak balik ke?" Soal Imran.

"Tak. Diorang dah ada hal lain. Eh awak, ni abang Imran ingat tak jumpa masa nikah dulu?" Diana cuba mengajak Ez berbual sekali.

Ez bersalaman dengan Imran dengan senyuman kekok. Namun, tidak dapat mereka berbual lama, papa datang mengajak Ez berjumpa dengan sepupu lelaki yang lain. Ada yang turut dari industri kerja yang sama, jadi papa mahu kenalkan dengan Ez.

Ketika itu, dari jauh Ez perhatikan mereka. Dia mula rasa tak sedap hati, panas semacam.

Hatinya seperti cemburu tapi dia menafikannya. Ya lah, dia kan tak cintakan isterinya kenapa perlu cemburu?

Tiba-tiba, mata Ez membutang seketika apabila melihat mereka siap bertepuk tampar.

'Bukan main eh kau. Mesra betul, kata jaga batas tu siap skinship lagi.' Ez mengetap bibirnya. Dia akui dia mula geram melihat kemesraan mereka.

.

Malam itu di dalam bilik, Diana yang siap membentang comforter di atas lantai mula menepuk-nepuk bantal hendak baring.

"Wait, u nak tidur bawah ke?" Ez yang baru keluar dari bilik air terhenti melihat Diana yang mahu tidur di bawah.

"Ya lah, takkan awak pulak nak tidur bawah. Awak tidurlah atas katil tu, selesa sikit. Sorrylah bilik saya ni tak ada sofa." Diana jawab sinis.

"U perli i ke? Tidurlah atas. I tidur bawah."

"It's okay." Diana menjawab dan baring siap memeluk bantal.

"Hey u degil ni kenapa?!" Ez mula naik suara tapi masih dikawal kerana tidak mahu orang lain dengar.

"Yang awak emo kenapa?!" Diana pun nak menang. Geram pula Ez tiba-tiba memarahinya. Pasal tidur je pun.

"Ye la i ni lelaki takkan nak biar u tidur bawah!" Ez mempamerkan wajah geramnya.

"Hahahaha kisah pulak awak tu lelaki. Ingat tak heran saya ni perempuan." Diana malas nak layan mula menarik selimut dan menutup mata.

Ez mula geram. Dia tarik bantal yang dipeluk Diana dan campak ke atas katil.

"U nak naik sendiri ke nak i naikkan u?" Soal Ez dingin.

Diana terkejut tindakan kasar Ez. Tapi kerana lebih terkejut kata-kata Ez, Diana terus bangun tanpa berfikir panjang.

"Eeii cakaplah elok-elok." Dian sempat menjeling Ez lalu baring di atas katil. Dia tak faham kenapa Ez perlu beremosi.

Ez turut sama menjeling Diana.

'Tahu pun takut.'

Sebenarnya memang Ez masih terasa. Hatinya sensitif kerana masih terfikir kemesraan Diana dan Imran. Nak kata cemburu, tak nak mengaku.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Keesokannya selepas maghrib, Diana dan Ez mahu gerak pulang ke KL. Saudara mara lain pun sudah pulang ke tempat masing-masing. Melihat Diana memeluk mama dan papa sepuasnya buatkan Ez rasa bersalah.

Ketika dalam perjalanan, Ez mula rasa terganggu. Fikirannya yang masih terngiang-ngiang akan gelak ketawa Diana dan Imran. Dari semalam hinggalah mereka pulang dari rumah ibubapa mentuanya, Ez hanya memikirkan kemesraan Diana dan Imran. Ez yakin hubungan mereka berdua lebih akrab berbanding dengan sepupu lan. Dia mula merasakan Diana tak pernah gembira dan ketawa sebegitu dengannya. Malah Diana dengannya pun tak selesa sepertimana dengan Imran.

DIANAWhere stories live. Discover now