7

16.1K 776 21
                                    

Tok! Tok!

Diana membuka pintu. Armel tercegat di pintu.

"Jom kak Diana dalam pukul 11 kita keluar."

"Emm pergi mana?" Soal Diana keliru.

"Laaa pergi cari baju kak Diana la. Abang Ez suruh kan?"

"Haa ye ke? Alaa akak dah cakap kat dia akak tak nak."

Armel buat muka fed up kerana banyak soalan pula ditanya Diana. Armel terus membuka chat di Whatsapp dengan Ez. Dihala skrin telefon di depan wajah Diana. Memang benar Ez menyuruh Armel menemani Diana mencari pakaian yang sesuai ke event esok.

'Alaaa aku harap tak awkward lah keluar berdua je' Diana berbisik risau dalam hati.

Ini kali pertama dia akan keluar berdua dengan Armel. Selalu bersembang dengan adik iparnya ini pun tak lama sangat. Entahlah dia rasakan seperti Armel masih tak selesa dengannya sedangkan Armel hanya muda setahun dengannya.

Mereka pun menuju ke butik dengan menaiki kereta BMW Armel. Diana yang curi-curi melihat Armel memandu kereta mula kagum dengan adik iparnya sendiri.

'Untungnya jadi anak orang kaya. Belum kerja apa-apa dah dapat BMW sebijik.'

.

Selesai urusan di butik itu, Armel mengajak Diana makan tengahari di restoran di KLCC.

"Mak Mah tahu kita lunch luar?" Diana risau Mak Mah masakkan untuk mereka di rumah.

"Tahu. Tadi Mel dah mesej Mak Mah."

"Okay." Diana tersenyum nipis.

Diana tak sangka Armel nak mengajaknya makan bersama. Ingatkan mereka akan terus pulang. Diana memecah kesunyian dengan cuba bersembang dengan Armel sementara tunggu makanan sampai.

"Kawan-kawan lain ada yang dah start houseman ke?" Soal Diana.

"Belum. Semua belum. Tapi yang buat houseman kat luar Malaysia macam Ireland ke Australia ke ada jugak yang dah dapat offer. So dalam next month start lah."

"Ooo ada yang buat kat oversea. Armel tak apply untuk buat kat luar?"

"Hahaha nak je. Haritu memang nak apply dekat Russia senang stay terus lepas habis study. Tapi, tahu lahh papa dengan bonda tu." Armel menjulingkan matanya ke atas sambil ketawa.

"Alaa anak bongsu kot. Tu yang risau kalau jauh."

"Eh Kak Diana anak bongsu jugak kan?"

"Err aah la. Hahaha."

Semakin lama semakin banyak perbualan antara mereka. Diana seronok adik iparnya lebih terbuka dengannya. Macam-macam mereka bualkan. Walaupun Diana tahu dunia mereka berbeza, dia seperti terbit rasa syukur keluarga mentuanya semakin menerimanya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Pagi itu, Ez dan Diana menjamah sedikit sarapan sebelum ke majlis pelancaran sebuah syarikat yang menjemput Ez sebagai VIP.

Sementara menunggu Pak Mat mengambil kereta, Diana tunggu di ruang tamu depan sambil bermain telefon. Dia pun menunggu Ez yang masih di bilik. Entah apa dibuatnya. Bersiap kalah perempuan.

Kelihatan Ez turun dan meletakkan telefonnya di meja ruang tamu itu. Dia menyarungkan kotnya lalu membetulkan tali lehernya di depan cermin yang turut berada di ruang itu. Dari tadi mata Diana perhatikan gerak geri Ez. Bila dia melihat Ez lengkap bersuit itu hatinya mula rasakan sesuatu.

'Hensem pulak dia ni.'

"Tak payah la tengok lama-lama. I know I'm good looking." Ez menegur Diana.

Mata Diana membutang.

DIANAWhere stories live. Discover now