14

16.2K 605 27
                                    

Ez menaip laju pada skrin telefon. Dia mengisi masanya membalas emel sementara conference pagi ini belum bermula. Ketika orang lain sibuk mengisi tempat duduk dan berbual dia memilih untuk menyiapkan kerjanya. Nizam di sebelah hanya menyelak dokumen yang disediakan di atas meja mereka.

"Settled." Ez menghela nafas panjang. Lega dapat siapkan beberapa tugas.

Dia membetulkan duduknya dan baru dapat memerhatikan sekeliling apa yang sedang berlaku. Hari ini hari terakhir conference ini. Ruang dewan besar di PWTC ini dipenuhi oleh wakil ratusan syarikat. Sesekali Ez berborak dengan Nizam di sebelah bertanyakan tentang syarikat lain.

Nizam tersenyum melihat Ez.

"Kau kenapa?" Ez berkerut.

"Sebab ada conference, tiga malam kau tak pergi kelab. Pagi pun nampak bertenaga. Siap buat kerja lagi."

Ez melepaskan ketawa.

"Perli nampak. Biasalah bro. Kita kena jadi profesional bila ada kerja serius macam ni." Balas Ez sambil melakonkan watak pekerja cemerlang.

"Blah la kau profesional. Kau takut papa marah kau je kan?"

Sekali lagi Ez ketawa. Hanya Nizam sahaja yang mengenalnya. Memang hanya kerana papa salah seorang speaker dalam conference ini, dia terpaksa tinggalkan kelab malam untuk tiga hari ini. Kalau tidak, pasti kepalanya sudah pening, matanya juga akan berat untuk menghadap semua ini.

Tiba-tiba, ketika itu mata Ez bertentang mata dengan seseorang yang sedang melangkah ke masuk ke dewan. Senyuman Ez terus mati. Tubuh Ez terus terkaku. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jantungnya berdegup laju. Air liur pahit ditelan paksa.

Perempuan itu yang turut memandangnya terus mengukir senyuman lebar. Dia mengatur langkah menuju ke arah Ez.

"Hi." Tegur perempuan itu.

Nizam yang tidak tahu kedatangan perempuan itu terus menoleh. Wajahnya turut berubah terkejut.

Sabrina. Perempuan yang pernah Ez cinta sepenuh hatinya tetapi perempuan itu memilih untuk melukakan Ez.

"Hi." Balas Ez. Dia yang berdebar terus menepis perasaanya.

Di depan wanita ini, dia tidak akan menunjukkan perasaan sebenarnya. Dia tidak mahu kelihatan lemah atau terkesan apabila wanita ini muncul di depannya secara tiba-tiba begini. Dia melihat diri Sabrina sekilas. Semakin cantik. Senyumannya manis sama seperti dulu. Penampilan juga berubah seperti wanita bekerjaya. Tetapi, itu tidak memberi kesan kepada Ez.

"So it's really you." Kata Sabrina.

"Sorry?" Balas Ez tidak faham.

"I macam nampak u semalam. Tapi tak sempat nak cari balik sebab ramai. Tengok kat meja pun, u dah hilang. So....I'm lucky to meet you today." Balas Sabrina sambil tersenyum.

"Oh." Balas Ez kekok. Bodohnya rasa diri sendiri. Nak berlagak cool dan semuanya okey tetapi entah kenapa lidahnya terkelu di depan ex sendiri.

"Hi Nizam." Tegur Sabrina.

"Hi...err hi Sabrina." Nizam pun sama tergagap.

"So how are you guys?"

"Very good. How are you?" Soal Ez semula.

"I'm fine. Emm....lama betul kan tak jumpa. Tak sangka boleh jumpa kat sini."

"Yup." Ez mula sengaja mempamerkan wajah tidak selesa. Biar Sabrina nampak. Dia memang mahu perempuan ini beredar.

"So korang kerja sekali eh?"

DIANAOnde histórias criam vida. Descubra agora