41

18.7K 578 59
                                    

Ez bersandar di katil dengan butang kemejanya sudah separuh terbuka. Dia meraup wajahnya. Wajahnya sejak tadi memikirkan kehadiran Sabrina di situ.

"Eh hello. Look who is here. Hi guys!!" Sabrina mengukir senyuman lebar apabila terlihat Ez dan Nizam tercegat di depan lif apabila pintu lif dibuka.

"Oh hi." Pendek Nizam membalas. Dia turut terkejut melihat Sabrina.

"What a suprise. What are u doing here?" Ez cuba berlagak tenang. Dalam hati mula berdebar melihat wajah itu di depan matanya. Mereka membiarkan lif tertutup semula tanpa memasuki lif itu.

"I attend training ISG esok. You guys?" Sabrina menyoal mereka berdua. Wajahnya jelas teruja mengetahui kehadiran mereka.

"Same goes to us." Ez jujur menjawab.

"What?! Oh great! You guys berdua je ke?"

"Dengan lagi sorang staf tapi dia tak sampai lagi. U datang dengan siapa?"

"Dengan colleague I, Hazman. Dia tunggu I kat lobby." Sabrina menunjuk ke arah seorang lelaki segak berjaket hitam sedang duduk di sofa lobi hotel itu. Lelaki lewat 30an dan kelihatan maskulin. Ez mengenali wajah itu kerana pernah beberapa kali mereka terlibat dalam event yang sama.

"Oh by the way, we are going to have our dinner. U guys wanna join us?" Sabrina tiba-tiba cuba 'mencucuk' mereka untuk bermesra.

Nizam terdiam dan memandang Ez.

"Nope, thank you. We just arrived, so we gonna get our rest first and we'll go with our staff as well when he is arrived. U guys enjoy your dinner." Pantas Ez menjawab untuk menolak pelawaan itu.

"Oh i see. Then you must be really tired. Okay, go get a rest." Sabrina tak henti mengukir senyuman lebar hingga mereka masuk ke dalam lif semula.

'Well well. Nampaknya kau makin dekat dengan aku.' Sabrina tersenyum sinis saat pintu lif tertutup rapat.

.

Ez mula berbaring sambil memikirkan hal itu.

'Dia pun attend seminar ni sebab proposal presentation UME jugak ke? Ish kenapa la dia nak kena ada.'

Ez mula tidak sedap hati dengan kehadiran Sabrina. Dia tidak suka kebelakangan ini Sabrina kerap muncul semula dalam hidupnya. Cukuplah watak Sabrina terhenti dalam hidupnya selepas mereka memutuskan hubungan.

Dia mula teringat kisah perpisahan mereka apabila Sabrina curang padanya setelah beberapa tahun mereka bercinta. Ketika itu hati Ez hancur kerana sukar untuknya mencintai seseorang dan dia rasakan dia telah memberi segalanya pada Sabrina. Harapan dan impiannya untuk hidup semati dengan Sabrina berkecai.

Sabrina memberi alasan dia sudah terjatuh cinta pada lelaki lain. Selepas menyiasat lelaki itu, Ez tahu Sabrina hanya mengejar harta dan taraf semata-mata. Peristiwa itu buatkan Ez tersedar yang perempuan seperti Sabrina tidak tahu bersyukur. Sejak itu, Ez tidak berniat untuk mempunyai hubungan yang serius dengan mana-mana perempuan. Dan sejak tamat belajar mereka tidak lagi bertemu dan berharap dia dapat lupakan Sabrina apabila pulang je Malaysia.

Tetapi wanita itu tiba-tiba muncul semula sejak tahun yang lalu. Ez cuba berlagak tenang setiap kali dia bertembung dengan Sabrina sejak mereka berkerja dalam satu industri. Dia akui kenangan pahit itu masih ada dalam ingatan tapi dia tidak mahu wanita itu menghentikan usahanya untuk membina masa depan.

Namun, peristiwa Sabrina menabur fitnah tentangnya kepada Diana lebih membuatkan dia geram dan hampa pada Sabrina. Pada Ez, biarlah Sabrina sakitkan hatinya, tetapi jika dia melukakan perasaan Diana atau keluarganya dia tidak akan berdiam diri.

DIANAWhere stories live. Discover now