49

16.8K 592 13
                                    

Sudah seminggu Ez, Diana dan Nonie menetap semula di Villa Cempaka. Tiada apa yang berbeza dari sebelum ini cuma rumah itu lebih meriah dengan kehadiran mereka.

"Seronok sikit Diana ada kat rumah ni. Ada la kawan Mak Mah nak berbual. Kalau semua orang dalam rumah ni keluar, sunyi sepi. Nonie pun tak ada" Mak Mah menyatakan kegembiraannya ketika mereka berdua berbual di dapur.

"Tu lah. Kat sana pun Nonie pun bosan sorang-sorang." Diana ketawa.

"Elok la Ez nak duduk sini. Boleh la kami pun tengokkan Diana."

"Hmm tu lah Abang Ez risau sangat. Diana okay je duduk kat Cheras. Nonie kan ada." Diana membalas.

"Diana sekarang ni mengandung macam mana? Awal-awal haritu asyik alah kan. Sekarang dah okay ke?"

"Alhamdulillah okay je Mak Mah. Cuma asyik lapar. Hehe." Diana tersengih.

"Haa Diana ada teringin makan apa-apa ke? Ada mengidam tak?"

Diana terkedu mendengar soalan Mak Mah.

"Emm...ada. Sebenarnya Diana dah masuk 7 bulan ni baru rasa nak makan itu ini."

"Ooh biasa je benda tu. Ada yang mengidam masa awal mengandung. Ada orang mengidam masa dah sarat. Ada yang tak mengidam langsung. Tapi boleh jadi jugak ni sifat pembawakan budak Diana."

"Maksud Mak Mah?"

"Mungkin Diana bukan mengidam melampau sangat sampai nak menangis semua tu. Cuma sifat pembawakan budak la. Diana jenis nak makan itu ini. Ada orang sifat dia jenis tak boleh bau makanan tumis. Ada yang waktu mengandung nak pakai baju dari fabrik tertentu. Ada yang tak suka bunyi musik. Macam macam la."

"Ooh macam tu pulak."

Mak Mah tergelak kecil melihat Diana terlopong sambil mengangguk faham.

"Diana baru mengandung yang sulung. Biasa la tu banyak benda lagi belum belajar. Nanti dah anak kedua ketiga Diana boleh bezakan sendiri beza diri Diana masa mengandung."

"Hahaha tunggu la dulu lahir yang ni dulu."

"Eh Diana ada teringin makan apa-apa? Mak Mah boleh masakkan."

"Ya ke Mak Mah?" Soal Diana dengan teruja.

"Iya la. Dah duduk sini boleh la Mak Mah masakkan. Kalau kat Cheras tu Diana kena masak sendiri kan tak pun Ez belikan. Betul tak?"

"Emm betul." Diana seperti teragak-agak mahu jawab. Melihat riak wajah Diana seperti menyorok perasaan sebenarnya, Mak Mah seperti menghidu sesuatu.

"Bagus la macam tu. Nasib baik Ez nak melayan walaupun dia sibuk kan?"

Diana hanya tersenyum nipis memandang Mak Mah. Wajahnya cuba menyorok perasannya sebaik mungkin. Fikirannya mula teringat dengan perubahan sikap Ez sejak beberapa hari ini.

Ez tidak mahu melayan keinginan Diana yang mahukan sesuatu. Apabila Diana menyampaikan kemahuannya, Ez akan cuba mengelak atau memberi alasan supaya dia tidak perlu memenuhi permintaan Diana.

Diana cuba bersangka baik dengan Ez. Dia tahu Ez penat apabila pulang dari kerja. Jadi dia cuba bermanja dengan Ez pada hujung minggu. Dia pernah meminta Ez bawanya ke sebuah kedai manisan Korea kerana dia sangat teringinkan bingsu pada ketika itu. Namun, jawapan Ez agak mengecewakannya.

"Tak payah la. Boleh tak Diana tahan sikit. Nanti hilang la rasa teringin tu. Lagipun weekend sesak la area tu."

Terdengar suara tegas itu dan melihat wajah Ez ketika itu tampak jelas dia penat dengan permintaannya. Diana mula rasa bersalah dan rasakan mungkin Ez mahukan rehat pada hujung minggu.

DIANAWhere stories live. Discover now