3

17.4K 751 17
                                    

Malam itu Diana tidak dapat lelapkan matanya. Letih dia pusing ke kiri dan ke kanan. Fikirannya masih terbayang tentang lelaki itu. Dia mula risau sebab utama lelaki itu hendak mengahwininya. Terbit rasa kesal jika lelaki itu terdengar ketika dia menyindir keluarga Tengku Rahman tempoh hari.

'Aduhhh dia dengar ke time aku mengumpat tu?'

'Jap, ataupun memang niat dia nak kahwin dengan aku?'

'Ke dia memang berkenan kat aku masa nampak aku. Kahkah. Apebenda kau perasan ni!'

Diana menepuk pipi sambil tersenyum sendiri. Apa yang dia harapkan hanyalah lelaki itu benar-benar ikhlas hendak berkahwin dengannya.

Keesokan harinya, selepas sarapan dengan mama papa, Diana duduk di kerusi taman. Dia leka melihat kolam air ikan di halaman rumahnya.

Tingg!

Ada bunyi mesej Whatsapp masuk ke dalam telefon Diana. Dia tengok screen telefon yang memaparkan notifikasi mesej pertama.

Hai Diana.

Diana mengerutkan keningnya. Hairan mesej ini dari nama yang tidak disimpan.

'Siapa ni, tak kenal pun nombor ni.'

Nama tertera pun sekadar 'TAS'. Disebabkan dia ingin tahu dia membuka mesej itu. Dia membaca lagi mesej seterusnya.

Mama papa dah cerita kat u? So how did u find the news?

Sepantas mungkin jarinya terus membuka profile picture pemberi mesej tu. Cis, Ez rupanya! Salam tidak, introduce nama tidak, siap panggil mama papa. Bila masa kita jadi adik-beradik?

Namun, Diana mula cuak. Otaknya bekerja laju berfikir apa yang harus dibalasnya. Ya lah, dia kini sedang menerima mesej daripada lelaki yang meminangnya. Dan lelaki itu dia tidak pernah kenal!

Diana : Hai. Ni siapa?

Ez : Takkan la u tak kenal lagi.

Diana : Ya, tak kenal dan tak pernah kenal.

Ez : I bet mama and papa told you about me yesterday. It was me who came to your house with my parents.

Diana mendengus geram. Kenapa Ez tidak kenalkan diri secara baik? Ez masih seperti menyorok dan tidak berani berterus terang. Diana pantas membalas. Biar dia yang berterus terang.

Diana : Okay, so I'll make it short. Why me?

Bluetick. Tiada balasan. Diana menjeling screen telefon itu.

'Hah tahu pun tak boleh explain. Kau yang merisik, kau pun tak tahu kenapa.'

Tingg!!

Ez : I don't need any reason for that

"Wow kerek betul dia ni", Diana geram melihat senangnya Ez membalas. Diana masih tidak puas hati.

Diana : But i need a reason. Kita tak pernah kenal. Our path never crossed to each other. So, why you choose me?

Ez : Yes, i admit it is so random to choose you but it is not a problem kan? Not everyone need to get marry with someone they know. U anggap je la kita macam match made.

Diana : Match made? U must be kidding. Ini masalahnya no one match made us.

Ez : It is me. I yang match made kan kita.

Ez : So what you've said to your parents?

Diana : One week

Ez : Alright. Good. Hope to hear a good news

DIANAWhere stories live. Discover now