36

18.8K 730 9
                                    

Jam menunjukkan tepat jam 1 petang. Akhirnya semua keluar dari bilik mesyuarat selepas sekian lama berbincang sejak pagi. Ramai yang kelihatan penat dan seperti tertekan. Termasuklah Ez.

Melihat Ez sudah tiba di tingkat bilik pejabatnya, pembantunya segera pergi ke arah Ez.

"Tengku, tadi pembantu rumah Tengku telefon."

"Mak Mah?"

"Aah. Dia kata ada emergency dekat rumah. Tapi tadi saya tak dibenarkan masuk dalam bilik meeting tu."

Ez berkerut dan dia mula tidak sedap hati.

"Kenapa tak mintak assistant situ yang masuk?" Suara Ez bertukar tegas. Sedikit ralat dengan pembantunya itu.

"Errr... maaf Tengku. Saya tak nampak diorang tadi." Jawab staf itu takut-takut.

Ez mengeluh panjang.

"Tak apalah." Dia terus masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia mengeluarkan telefon dan dihidupkan semula selepas off sejak pagi tadi.

Ting! Ting! Ting!

Berderet bunyi notifikasi masuk. Dia pantas memeriksa. Berdebar hatinya melihat missed call dari Mak Mah hingga 14 kali. Segera dia mendial nombor Mak Mah.

"Hello Ez."

"Helo Mak Mah. Mak Mah call Ez banyak kali eh? Ez baru je habis meeting. Sorry tadi memang meeting pasal audit. Tu yang Ez off phone. Kenapa ni?"

"Ez, Mak Mah nak bagitahu ni. Ez jangan terkejut sangat tau. Diana sekarang ada kat hospital. Kat Columbia Asia."

Riak wajah terus berubah. Dia terus berdiri. Jantungnya berdegup laju. Kakinya terasa lemah.

"Kenapa?!"

"Dia pengsan pagi tadi. Rupanya sebab tu dia tak turun pagi tadi. Tapi alhamdulillah. Ez jangan risau, Diana dah sedar dan semuanya okay."

"Okay Ez datang."

Tanpa mahu mendengar penjelasan Mak Mah Ez terus mematikan telefon. Dia segera membuka kot dan mengambil kunci keretanya di dalam laci.

"Alia. Saya ada emergency. So petang ni saya tak ada." Ez sempat memberitahu pembantunya tadi.

"Okay. Eh tapi Tengku punya meeting dengan bos petang ni macamana?"

"Tak apa saya jumpa dia sekejap before keluar."

Selepas berjumpa dengan Dato' Rizman, pantas Ez berlari ke parking. Syukur CEOnya memahami hal keluarga dan memberi kebenaran pada Ez walau di saat genting hal kerja mereka perlu diuruskan. Kereta Mercedes Benz GLS Ez meluncur laju keluar dari bangunan itu.

Di dalam kereta, tangan Ez menggigil kerana risaukan Diana. Dia tak henti berdoa supaya tiada apa yang bahaya terjadi pada isterinya. Muncul rasa risau jika dia menjadi punca Diana sakit. Rasa serba salah mula menebal kerana memarahi dan berkata kasar dengan Diana semalam.

Ez akui dia marah dan kecewa dengan Diana. Tetapi bukan ini yang dia mahu terjadi pada Diana. Dia tetap akan menyalahkan dirinya jika dia menjadi punca Diana jadi begini.

Waktu rehat pejabat membuatkan jalan sedikit sesak dan perjalanan memakan masa hingga 30 minit. Sebaik tiba di hospital Ez bergegas masuk menuju ke bahagian kecemasan.

Ez sempat bertembung dengan Mak Mah yang sedang menuju ke pintu utama.

"Eh Ez! Sampai dah? Pergi la tengok Diana. Dia dah kena pindah dekat ward sebelah emergency tu. Katil 5."

"Mak Mah nak ke mana?"

"Mak Mah nak balik kejap dengan Pak Mat. Dia tengah tunggu kat depan tu. Nak ambik barang Diana sikit. Tadi apa pun tak bawak, Mak Mah sempat ambik purse dia je. Tudung pun tak ada. Mak Mah panik sangat. Tapi Ez jangan risau. Diana okay." Mak Mah menenangkan Ez kerana dia dapat lihat wajah risau Ez.

DIANAWhere stories live. Discover now