21

18.1K 841 63
                                    

Riak muka Mak Mah jelas terkejut mendengar kata-kata Nonie.

"Betul ke ni Nonie?"

"Iyaa kakak. Itu guard kata tadi."

Mak Mah terus meluru ke depan selepas pegawai sekuriti memberitahu ada seseorang datang ke Villa Cempaka. Dengan hati yang teruja, Mak Mah pantas membuka pintu. Wajahnya terkejut seperti tidak percaya kehadiran orang di depannya.

"Diana?" Mata Mak Mah seperti mula berkaca.

Diana tersenyum melihat Mak Mah. Dia berada di luar pintu utama Villa Cempaka dengan sebuah luggage malam itu.

"Assalamualaikum Mak Mah." Diana tersenyum memandang Mak Mah yang dirindui.

Dia terus memeluk Mak Mah. Hatinya turut sebak melihat wajah Mak Mah selepas lama berjauhan.

"Ya Allah Diana. Alhamdulillah Diana balik sini. Lamanya tak jumpa! Diana sihat ke ni?" Mak Mah membalas pelukan Diana.

"Sihat alhamdulillah. Mak Mah sihat ke?"

"Sihat alhamdulillah. Eh mari masuk cepat. Diorang semua ada...."

Tiba-tiba pandangan mata mereka beralih ke arah tangga melihat Armel yang tercegat di tangga. Armel yang mahu turun ke dapur tergamam melihat kakak iparnya di pintu.

Diana tersenyum. Dia mengangkat tangan melambai Armel.

"Hai."

Armel yang masih membisu seperti baru melihat hantu terus berpusing dan berpatah balik. Dia berlari ke arah ruang tv.

"Aaaaaaa!!!" Terdengar suara Armel menjerit.

Mereka di bawah tergelak kecil melihat kelakuan Armel.

"Cepat laaa. I'm not lying!!" Armel muncul semula di tangga. Dia diikuti oleh bonda dan papa.

Mereka semua tergamam di ruangan atas dan mata tertumpu pada Diana. Tidak percaya Diana berada di depan mata mereka.

Ez pada mulanya tidak mahu percaya Armel kerana takut adiknya itu sengaja mahu menyakatnya. Tetapi melihat bonda dan papa hanya senyap, dia menjadi berdebar dan rasa ingin tahu apa yang berlaku. Perlahan kakinya berjalan ke arah ruang tengah tingkat 2 itu.

Ez yang jantungnya sedang berdegup pantas terus menoleh ke bawah. Dia semakin dengar jantungnya berdegup kencang apabila matanya melihat Diana di bawah. Ya, itu memang wanita yang ditunggu-tunggunya selama enam bulan ini. Kakinya mula terasa lemah. Bulu romanya sudah berdiri.

Diana dari tadi berdiri di situ terkedu melihat Ez. Mata mereka bertaut seolah tidak percaya mereka akan bertemu semula selepas terpisah pada malam itu. Diana cepat-cepat mengalihkan matanya kepada bonda dan papa yang sedang turun ke arahnya. Awkward!

Ez pula tercegat di situ tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia masih tidak percaya Diana di depan matanya. Lamunannya terhenti apabila Armel mencubit pinggangnya. Armel cuba menyedarkan Ez supaya segera pergi menyambut Diana.

"Diana!! Alhamdulillah syukur ya Allah. Diana, kenapa tak bagitahu kami Diana nak balik?" Bonda terus memeluk Diana erat.

"Emm....sorry bonda. Diana tak tahu nak bagitahu macamana." Diana membalas pelukan bonda.

Dia akui hatinya merindui wanita itu yang dia hormati sebagai ibu. Diana kemudian menghulur tangan pada papa.

"Okay okay tak apa. Jom kita duduk. Masuk-masuk. Ni apa bersembang berdiri macam ni." Papa mengajak mereka ke ruang tamu sambil membantu menarik luggage Diana ke arah tangga.

Bonda dan papa berbual dengan Diana di ruang tamu kedua. Mereka tidak habis berterima kasih pada Diana kerana sudi pulang ke Villa Cempaka. Syukur dengan kepulangan Diana dan berharap keadaan akan menjadi bertambah baik.

DIANAWhere stories live. Discover now