50

18.8K 613 30
                                    

Diana termenung ke luar tingkap sambil mengusap perutnya. Fikirannya masih tertumpu pada mesejnya pada Ez yang tidak dibalas.

Selepas membaca mesej Ez tadi dia cuba bertanya lagi pada Ez sama ada mereka boleh keluar makan malam pada malam ini. Cuma kali ini Ez sudah melihat Whatsapp tetapi tidak membuka mesej itu.

"Baby, kenapa daddy ignore mama ke mama je yang over sensitif? Atau Daddy marah pasal pagi tadi lagi?" Diana bercakap dengan bayi dalam kandungannya.

"Mama je kot yang emo sangat. Mungkin daddy busy tak sempat reply mesej tu kan?"

Diana menghela nafas panjang dan cuba tersenyum nipis. Dia sebolehnya tidak mahu emosi ketika hamil yang naik turun membuatkan dia terlalu membawa perasaan yang negatif. Dia tahu perkara itu tidak sihat buat dirinya dan bayi dalam kandungan.

"It's okay let's wait until daddy come home."

Diana cuba memujuk hatinya. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dia membantu bonda yang baru pulang melakukan beberapa kerja yang boleh ditolongnya. Dia tidak mahu memikirkan perkara itu dan hanya menunggu Ez untuk mengajaknya secara berdepan.

'Takkan la Ez tak nak bagi jawapan langsung kan. Lagipun mesti dia nak bawakkan aku sebab dah lama dia tak bawak aku keluar.' Kata tak mahu fikirkan sangat, tetapi hatinya masih memikirkan mesej yang tidak dibalas oleh Ez tadi.

Selang sejam kemudian apabila waktu Maghrib hampir tiba, Ez pulang ke Villa Cempaka. Diana yang berada di ruang tamu kedua terdengar seseorang masuk.

'Mesti Ez ni.'

"Bonda, Diana ke depan kejap eh. Tengok abang Ez dah balik kerja." Diana meminta diri.

"Okay. Pergilah. Lagipun dah nak masuk Maghrib dah ni. Cukuplah Diana tolong bonda. Thank you so much."

"No worries bonda. Kalau nak Diana tolong, bagitahu je tau. Diana pergi depan dulu eh."

Bonda hanya mengangguk sambil tersenyum. Dalam hatinya memuji ketaatan Diana pada Ez. Dia bersyukur walau apa yang telah melanda rumahtangga mereka, Diana tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri tanpa mengungkit perkara lama.

Diana cuba berjalan laju mengusung perutnya untuk mencari Ez. Namun apabila dia berada di ruang tengah rumah itu dia terlihat Ez sudah memasuki lif dan menuju ke atas. Dia mula hairan kerana selalunya Ez akan mencarinya atau ke dapur untuk menjamah kuih muih minum petang.

'Kenapa pulak Ez tu? Ada masalah kat office ke?'

Diana mula membuat andaian sendiri. Dia mula terfikir mungkin Ez tidak membalas mesejnya kerana ada perkara terjadi di pejabat.

Ez yang sampai tingkat atas terus masuk menuju ke bilik. Dia lihat Diana tiada di dalam bilik. Dia meletakkan beg kerjanya di atas meja. Dia mengeluarkan telefon dan melihat sebentar jika ada mesej-mesej yang dibalas segera.

Matanya tertancap pada mesej Diana.

Diana : Abang kenapa tak reply? Boleh ke tak kalau kita keluar malam ni?

Ez melepaskan nafas yang berat. Dia rasa bersalah untuk menolak ajakan Diana. Tapi, bukan malam ini. Badannya terasa sangat penat dengan kerja di pejabat dan dia perlu berulang dari Puchong ke Cheras beberapa kali pada hari ini.

'Diana ni still tak boleh control ke mengidam dia?' Ez berkerut.

Dia akui dia mula kurang memenuhi permintaan Diana yang mahukan itu ini. Selepas mendengar nasihat Sharif, dia cuba lakukan perkara itu pada Diana. Bukan apa, dia sendiri sibuk dengan kerja.

Ez hanya menutup telefonnya dan diletakkan di atas meja. Dia segera ke bahagian wardrobe dan mula menanggalkan pakaian kerjanya sebelum masuk ke bilik air.

DIANAWhere stories live. Discover now