45

17.2K 572 9
                                    

Bunyi alarm dari telefon Ez bergema satu ruang biliknya. Dia terus terjaga dan mencapai telefon untuk tutup bunyi yang memenuhi telinganya. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 6 pagi. Dia menggeliat sepuasnya kerana terasa masih tidak cukup rehat selepas pulang lewat dari rumah Pak Long Azlan semalam.

Ez menoleh ke sebelah. Diana tiada di sebelahnya. Seperti biasa Diana bangun lebih awal darinya.

'Diana tengah solat kot.'

Ez memandang sekeliling bilik. Masih gelap. Kemudian dia duduk dan memandang ruang solat. Diana tiada di situ sedang solat seperti sangkaannya.

'Awalnya Diana turun. Marah pasal semalam la tu.'

Ez tahu Diana masih merajuk tentang hal dengan Wafi. Ez terus bangun dan menuju ke tandas. Selepas mandi seperti biasa dia menunaikan solat Subuh dan membaca al-Quran. Kemudian, dia terus bersiap untuk ke pejabat.

Dalam jam 7 pagi, Ez turun ke bawah selepas selesai bersiap. Terus langkahnya menuju ke dapur. Tanpa memikirkan apa-apa, dia mencari kelibat Diana yang pasti berada di dapur. Dia rasa biarlah dia memujuk isterinya yang sedang emosi mengandung itu.

Namun, Diana tiada di dapur. Ez menuju pula ke ruang makan. Hanya ada Nonie yang sedang menyiapkan meja. Ez mula tidak sedap hati. Dia terus melangkah ke dapur semula. Kemudian, dia menuju ke belakang jika ada Diana di situ.

"Ez cari apa tu?" Suara Mak Mah menyergahnya di dapur.

Pantas Ez menoleh.

"Emmm...Mak Mah ada nampak Diana?" Ez berhati-hati bertanya.

"Tak ada pulak. Rasanya Diana belum turun lagi." Mak Mah menggeleng.

Jantung Ez berdegup laju mendengar jawapan Mak Mah. Dia mula resah memikirkan keberadaan Diana.

"Dia tak ada kat bilik ke?" Mak Mah menyoal.

Ez terkedu mendengar soalan Mak Mah.

"Emmm....tak ada pulak. Mungkin ada kat dalam bilik sebelah tu kot." Bergetar suara Ez kerana muncul rasa panik.

Ez spontan terdetik jika Diana merajuk dan tidur di biliknya dulu. Seperti mana dia mengasingkan dirinya ketika pertama kali dia melihat Ez dalam keadaan mabuk dulu.

"Ooh ye ke. Dia tertidur kat situ la tu penat balik kenduri semalam. Tak apalah Ez pergi makan dulu." Mak Mah tidak syak apa-apa selepas mendengar jawapan Ez. Dia terus menyambung melakukan kerja di dapur.

Ez hanya mengangguk. Hatinya masih tidak tenang. Lalu dia naik semula untuk memeriksa Diana di bilik sebelah.

'Please. Please. Please let Diana be in that room.'

Sepanjang melangkah, Ez tak henti berdoa agar Diana betul berada di dalam bilik sebelahnya. Tangannya pantas memulas tombol apabila tiba di depan pintu bilik itu.

Gelap gelita dan tiada sesiapa.

Ez merasakan nafasnya mula berat. Dia seolah terdengar jantungnya berdegup laju. Perlahan kakinya melangkah masuk dan membuka lampu. Dia membuka pintu tandas. Namun Diana tiada di dalam seperti yang dia sudah jangka. Entah apa dia harapkan mencari Diana di dalam bilik itu.

Ez terus mengeluarkan telefon dari poketnya. Pantas jarinya mencari nama Diana.

Diana
Calling....

Tiada harapan kerana Diana telah mematikan telefonnya. Ez berkerut dan mendengus geram. Sesuatu tiba-tiba terlintas dalam fikirannya. Riak wajahnya berubah apabila dia terfikir tentang tindakan Diana.

"No way. No. She's not gonna do that." Kata Ez perlahan.

Ez pantas keluar dan menuju semula ke biliknya. Kakinya melangkah laju ke bahagian wardrobe. Dia terus membuka pintu almari bahagian Diana.

DIANAWhere stories live. Discover now