8

16K 678 17
                                    

Pagi itu, selepas Diana berbual dengan bonda dan Mak Mah dia ke biliknya untuk mengemas biliknya. Sedang dia mengemas meja soleknya, bibirnya tersenyum sendiri. Dia mengenangkan hubungannya dengan bonda semakin baik. Hatinya kini sangat lapang. Bonda sudah menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin bonda rasa bersalah dengan cara bagaimana Diana masuk ke dalam keluarga ini. Bonda seolah ibu yang terpaksa membersihkan kerja anaknya.

"Tak kisahlah. Janji bonda terima aku sebagai menantu dia." Kata Diana sendiri sambil tersenyum.

Tingg!

Kedengaran satu mesej masuk.

Diana terus memeriksa telefonnya.

'Eh ada email.'

Pantas jarinya membuka emel tersebut.

Job offer for position of Administration Officer

Berdebar hati Diana membaca emel itu. Tersenyum lebar bibirnya sepanjang membaca emel.

"Yesss alhamdulillah! Happynyaaa! Finally dapat jugak kerja huaaaa."

Diana terlalu gembira penantiannya hampir setahun selepas tamat pengajian dan mencari kerja, akhirnya rezekinya sampai. Dia teringat dia hadir ke temuduga di Bangunan Daya Bumi dua minggu lepas dengan menaiki Grab kerana keretanya masih di rumah ibubapanya di Ipoh.

'Kalau bonda tahu aku naik Grab, habisss.'

Tiba-tiba dia teringat Ez. Ez juga yang kata tidak perlu memberitahunya jika mahu keluar. Tetapi sebagai isteri Diana tetap beritahu tapi sekadar beritahu yang dia hendak keluar sahaja. Ez pun tidak membalas kerana hubungan mereka yang renggang tempoh hari.

'Macamana nak bagitahu Ez pasal offer ni eh? Hmmm tunggu lusa la sebab weekend. Kalau bagitahu harini pun dia kadang balik rumah mabuk lah penat main skuasy lah. Nanti bad mood pulak.' Diana pula pening fikir nak beritahu suaminya yang bersikap tidak dapat dijangka. Keluhan berat dilepaskan.

Pagi Sabtu itu, selepas sarapan kelihatan Ez di taman luar sedang bercakap telefon. Diana sengaja menghampiri Ez kerana berniat nak memberitahu Ez tentang tawaran kerja itu. Selepas meletakkan panggilan, Ez menoleh hendak masuk ke rumah tapi Diana tercegat di belakangnya.

"Nak apa?" Soal Ez dengan suara garaunya.

"Saya nak cakap sikit boleh? Nak mintak izin something." Diana jawab takut-takut.

Ez berkerut dan menuju ke meja di luar untuk duduk. Diana ikut sahaja kemana tuju Ez.

"What is it?" Soal Ez dengan wajah dinginnya, seperti biasa.

"Hmm.... saya dapat offer kerja. Rabu ni start. Awak bagi je kan?" Diana terus buat kesimpulan sebab tak mahu cakap banyak dengan Ez. Dia yakin yang Ez tak berminat masuk campur urusannya.

Ez berkerut. Hanya diam dan merenung Diana hingga membuatkan Diana mula berdebar. Alamak, tak bagi ke?

"What position and where?" Ez bersuara.

Diana menelan air liur kesat. Dia pun menerangkan satu persatu pada Ez dan masih berharap perbualan mereka habis secepat mungkin. Ez mengangguk perlahan. Suasana sepi seketika.

"Nope." Ez jawab sepatah.

"Haaah?! Kenapa pulak tak boleh?" Diana berubah terkejut.

"Tak ada reason. I don't want u to work. That's it." Ez jawab selamba tanpa berfikir.

Diana berkerut. Mudahnya jawapan Ez.

"Tapi, saya nak kerja. Saya dah lama tunggu peluang ni tau. Lagipun takkan saya nak duduk rumah je!" Nada Diana mula bergetar kerana hampa.

DIANAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz