2

21.2K 819 48
                                    

Suatu petang di Villa Cempaka, suasana menjadi tegang di ruangan membaca.

"Ez, stop it. Bonda tak boleh terima." Nada Bonda jelas tegas dengan kata-kata Ez.

"Bonda. I don't care. I want to marry this girl." Ez masih berdegil.

Wajah Tengku Khaleeda semakin tegang. Terkilan dengan jawapan anaknya ini.

"Ez jangan main-main boleh tak?! Kenapa bonda tak pernah tahu pasal dia?!" Tengku Khaleeda mula tinggikan suara.

Niat Tengku Aizuddin ingin berkahwin disampaikan dengan mulutnya sendiri kepada bonda dan papanya tetapi nampaknya suasana menjadi keruh. Memang seperti yang dia dah jangka.

Tengku Khaleeda sudah ada pilihan hatinya untuk dibuat menantu, seorang gadis yang lengkap pakejnya dan paling penting dia turut berdarah kerabat diraja. Memang sudah lama dia merancang untuk dipasangkan dengan Ez. Alih-alih Ez buat keputusan sendiri untuk berkahwin tanpa khabar angin tentang gadis pilihannya. Entah siapa-siapa anaknya terjumpa.

Tengku Mustafa yang nampak tenang dalam perbualan mereka mula bersuara.

"Awak ni boleh tak dengar Ez cakap dulu. Dia tengah explain kan."

"I dah dengar and i tak boleh terima. I dah kata kan yang i dah ada pilihan i untuk Ez. I dah cakap dengan dia tapi awak tengoklah dulu tak cakap apa pun. Sekarang tiba-tiba ada pulak perempuan mana entah dia nak kahwin. Dah jatuh hati konon." Bonda tidak menyembunyikan lagi rasa menyampah. Dia menjeling anak lelaki keduanya itu.

"Ye la tapi awak kena tahu la soal kahwin-kahwin ni bukan macam dulu kita nak paksa budak-budak ni. Kalau Ez ada pilihan hati dia, let him be. Dia sendiri kena tahu yang dia dah ready galas tanggungjawab atas sesiapa sahaja yang dah pilihn untuk dijadikan isteri." Jawab papa.

Ez diam dan perhatikan mereka yang berdebat. Lega sedikit papa seperti menyebelahinya.

"Ye la. I faham yang tu. Tapi dia tak pernah pun cerita dia ada girlfriend ke, pilihan hati ke sejak balik Malaysia. Tiba-tiba nak kahwin." Bonda menjawab dengan tegas kata-kata papa.

"Awak tahu kan dia kawan dengan ramai perempuan." Balas papa.

"Ya! Tapi i tahu tu semua kawan dia nak have fun je. Tak pernah serius pun. Kan Ez? So sekarang apa masalah you tiba-tiba nak kawin dengan entah sapa-sapa and never introduced her to us before this?" Bonda mengalihkan pandangannya pada Ez pula.

"Kan Ez dah cakap, Ez pun baru kenal dia. That's what I was planning dari dulu. Kawin dulu then baru la kenal dan bercinta after that. Orang sekarang kan hype sangat bercinta selepas nikah." Ez terus membalas.

Wajah bonda berubah semakin tegang.

"Hey! Hey! Ez sedar tak apa Ez cakap ni? This is so not you. You mengarut apa kawin dulu baru kenal. Bercinta selepas nikah konon. Ingat ni dalam drama? Zaman bila buat cara macam tu. You sebenarnya kenal ke tak perempuan tu tu?" Bonda mula berkerut. Makin pening dengan permintaan Ez.

"Dia ada nama, Ida." Papa memotong. Bonda menjeling papa. Sakit hati suaminya asyik memenangkan Ez dari tadi.

"Diana bonda. Nama dia Diana. Ez tak kenal dia sangat tapi Ez tahu pasal dia. Dia pulak emmm...maybe tak kenal Ez sangat. But I like her so much. Okay fine, I fell in love on her. And I started to get to know her. And i love everything about her. Papa, please pujuk bonda. It has been a long time i felt like this." Ez beralih pandangannya pada papa dengan wajah mendesak. Bukan selalu dia merayu pada ibubapanya begini.

"Tell me why should i give you my permission?" Bonda mencelah dengan wajah serius.

"Sebab Ez nak restu papa dan bonda la. Bonda, please. I love her and i think it hits hard on me. I feel like I want to share my life with her. I think this is the time for me to move on to the next step of my life. Ez tahu bonda dan papa nak tengok Ez happy kan?"

DIANAWhere stories live. Discover now