27

16.9K 703 32
                                    

Pagi Sabtu itu, persiapan untuk majlis tahlil mula berjalan di Villa Cempaka. Khemah mula dipasang. Ruang tengah pula dikosongkan untuk dibentang karpet. Ez di bilik bersiap untuk meeting di luar atas hal kerja.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Dah sampai dah." Bonda menyambut seseorang di pintu dengan suara ceria.

"Sihat ke?" Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Eh jom masuk. Kita breakfast terus." Pelawa bonda.

Diana yang mendengar bonda berbual dengan seseorang terus ke depan.

"Haa Diana. Ni kawan bonda yang bonda kata nak datang tadi. Ungku Zahara. Dia datang dengan anak dia ni, Ungku Sarlina."

Senyuman Diana yang tadi lebar bertukar seperti berpura-pura. Dia sangat kenal dengan nama itu.

Ungku Sarlina.

Diana masih ingat Mak Mah pernah terlepas cakap apabila dia minta Mak Mah menceritakan tentang Ez pada ketika awal-awal perkahwinannya. Mak Mah terpaksa membuka cerita yang bonda dan Ungku Zahara pernah beria hendak mengahwinkan Ez dengan Ungku Sarlina. Namun, Ez seperti tidak serius dalam hal ini.

Sejak itu Diana mula faham mengapa ada awalnya bonda seperti tidak menerimanya sepenuh hati. Ketika mengetahui hal itu, terbit rasa kecewa dalam hati Diana. Dia terfikir jika Ez hanya menggunakannya sebagai alasan untuk dia tidak perlu berkahwin dengan Ungku Sarlina. Hampeh betul!

Diana bersalaman dengan mereka berdua. Dia sempat memerhatikan mereka. Ungku Zahara jelas hanya tersenyum tawar melihat Diana. Mungkin masih kecewa tidak dapat bermenantukan Ez.

Berbeza dengan Ungku Sarlina. Wajahnya sangat manis. Dia menyambut salam Diana dengan wajah mesra. Gaya percakapan pun sopan dan rendah diri.

"Jemput lah ke meja makan, Ungku." Pelawa Diana.

"Eh jangan la panggil I macam tu. Panggil Sarlina. Kira kawan-kawan jugak kita ni." Sarlina tak lekang dengan senyumannya.

Diana sendiri terpegun melihat kecantikan Ungku Sarlina. Tinggi lampai, wajah cantik, kulit mulus, rambut cantik dan penampilan pun bergaya. Kalau nak dibandingkan dengan dia,

'I'm such a potato.... helok betul dia ni. Kenapa Ez tak nak kawin dengan dia? Hmmm rugi.' Bisik hati Diana.

Diana pula yang sibuk memikirkan sebab-sebab Ez menolak Sarlina sebagai bakal isteri. Pandangan pertama Diana pada Ungku Sarlina, dia dapat merasakan wanita itu sangat baik dan berbudi bahasa. Fikirannya menerawang memikirkan jika dulu Ez berkahwin dengan Ungku Sarlina, adakah dia perlu menanggung derita yang sama atau Ez akan berubah kerana berkahwin dengan wanita setaraf dengannya?

'Tak payahlah fikir jauh. Kau dah kahwin dengan Ez dah, Diana.' Diana menghentikan lamunannya.

Mereka bertiga ke meja makan sementara Diana ke atas memanggil Ez dan Armel untuk bersarapan.

Selepas beberapa minit, Ez yang segak mengenakan tshirt berkolar navy blue mula menuruni tangga mengekori Diana dan diikuti dengan Armel.

"Oh my...." Armel terlepas kata perlahan.

Langkah Armel dan Ez terhenti di pintu ruang makan. Tidak sangka tetamu bonda pagi itu ialah Ungku Zahara dan Ungku Sarlina. Mereka yang sudah mula makan terhenti apabila melihat kehadiran Ez di situ. Armel pula perlahan menoleh pada Ez, hendak melihat reaksi abangnya. Ez pula hanya meneruskan langkahnya ke meja makan.

'Ishh apa lagi Aunty Zahara ni nak datang sini. Malam nanti kan baru start tahlil.' Ez sempat berbisik dalam hati.

Wajah Ez menunjukkan riak tidak selesa. Namun, dia cuba menyorok wajah kelatnya dan tersenyum di depan mereka. Dia haruslah berlagak tenang.

DIANADonde viven las historias. Descúbrelo ahora