28

16.7K 693 19
                                    

Apabila sampai di tingkat bawah, cepat-cepat Diana memakai telekung dah terus masuk ke dalam saf dan mengangkat takbir. Sejurus itu, imam mula membacakan Surah al-Fatihah.

Mendengar alunan bacaan imam itu, jantungnya Diana mula berdegup laju. Entah mengapa khusyuknya terganggu. Matanya mahu sangat melihat ke depan tapi dia sebolehnya menahan. Dia mula rasakan air mata yang suam bertakung di mata tanpa sebab. Hatinya sangat berdebar. Dia sangat kenal suara itu. Tapi dia cuba menepis fikirannya.

Dia cuba khusyuk dalam solatnya. Tetapi mendengar alunan bacaan imam yang mengusik hatinya buatkan dia tersentuh. Dia tidak mahu percaya pada mulanya tapi kini dia yakin itu suara Ez. Akhirnya air mata Diana tumpah.

Setelah selesai solat, imam turut membaca wirid dan doa. Bacaannya sangat jelas dan lancar. Sesudah doa, para jemaah semuanya sibuk bersalaman. Diana selepas bersalam dengan orang sebelahnya terus meninggikan kepalanya ingin mengintai siapa yang menjadi imam solat Isyak tadi.

Diana terus terduduk semula. Dia tergamam.

'Ez.' Itu saja yang mampu dia berbisik dalam hati. Matanya tak salah lagi bahawa Ez lah yang berada di bahagian depan sekali dan dialah yang menjadi imam tadi.

Hati Diana menjadi sebak. Dia keliru dengan perasaannya yang seperti tidak dapat percaya tetapi terharu Ez sudah berubah. Jantungnya masih berdegup laju. Dan di sudut hatinya dia rasa bersalah kerana tidak pernah membuka hatinya untuk melihat Ez berubah.

Cepat-cepat diseka air matanya apabila jemaah lain mahu bersalaman. Tetapi apabila bersalam dengan bonda, air matanya tumpah semula. Bonda memeluk Diana dan mengusap belakang badannya seolah tahu dia sedang bersedih. Bonda sendiri sebak kerana ini kali pertama dapat melihat anaknya mampu menjadi imam kepada jemaah malam itu.

"Bonda, Diana minta maaf atas semua kesalahan Diana sepanjang jadi menantu bonda. Terima kasih sebab bonda sudi terima Diana dalam keluarga ni. Dan terima kasih sebab bonda tak putus asa dengan rumahtangga Diana dan Ez sampai sudi jumpa Diana sendiri." Diana berkata perlahan dalam pelukan bonda. Air matanya masih mengalir.

"Tak, Diana. Diana tak ada buat salah dengan bonda. Bonda yang patut mintak maaf sebab tak berjaya didik Ez untuk menjadi suami yang baik untuk Diana." Bonda membalas lembut sambil mengalirkan air mata.

Kemudian apabila bersalaman dengan mama, mama memeluk erat anaknya itu. Air mata mama turut bertakung. Dia tahu Diana sedang berusaha membuka pintu hatinya untuk Ez. Dia tahu untuk Diana memberi kepercayaan kepada Ez untuk berubah bukanlah satu perkara yang mudah.

"Nanti jangan lupa minta maaf dengan Ez. Belajar sama-sama dalam hidup berumahtangga. Doa banyak-banyak supaya Allah lindung rumahtangga Diana." Lembut mama memesan kepada Diana.

Diana hanya mengangguk. Mulutnya sudah terkunci bersama air mata yang laju berlinangan. Tersedu-sedu dia menahan tangisan.

.

Sementara semua orang ke khemah untuk menjamu selera, Diana bergegas ke biliknya semula. Dia mahu menenangkan dirinya. Dia melihat dirinya pada cermin dan mengelap air matanya. Dia tidak mahu kelihatan sedih malam itu di depan tetamu bonda dan papa yang ramai.

Diana mula berfikir, mungkin malam ini Allah memberinya petunjuk supaya dia tahu suaminya sudah berubah. Mungkin ini masanya dia redha dalam memberi peluang kedua pada Ez. Diana akui dia sebagai isteri juga telah banyak meninggalkan tanggungjawabnya pada Ez. Dirinya seolah teredar yang dia perlu belajar membuka hatinya untuk Ez.

'Ya Allah jika Ez ni suami yang terbaik buat aku, Kau bukakanlah pintu hatiku untuknya. Kurniakanlah rasa sayang dan cinta aku padanya.'

Sekali lagi Diana menyeka air mata yang mengalir.

DIANAWhere stories live. Discover now