4

15K 647 11
                                    

Sudah seminggu Diana di rumah keluarga Ez di Puchong. Diana akui semuanya masih kekok. Tapi, dia bersyukur sekurang-kurangnya semua orang di dalam rumah itu melayannya dengan baik walaupun bonda nampak agak kurang mesra.

Sudah tentu impian setiap wanita dapat ibu mentua yang baik dan penyayang. Tapi, mungkin belum lagi masa untuk Diana merasai semua tu. Bukanlah bonda tak menerima langsung Diana sebagai menantu cuma bonda jelas masih kurang mesra. Mungkin masih kecewa sikap Ez yang tidak memilih pilihannya, Ungku Sarlina sebagai isteri.

"Bonda nak ke mana?" Diana mengejar bonda yang menuju ke pintu rumah.

Bonda memandang Diana dengan wajah yang tidak senang.

"Kepong." Balasnya acuh tak acuh.

"Oh, ada apa kat sana?"

"Hmm ada hal sikit. Diana duduk je la rumah eh. Bonda nak cepat ni." Balas bonda jelas tidak mesra.

"Bonda dah...." kata-kata Diana mati apabila bonda terus berlalu meninggalkannya.

Diana hanya terus melangkah ke pintu dan melihat bonda pergi menaiki kereta. Dia mengeluh perlahan. Nampak sangat bonda tidak berbual dengannya.Tak apalah, pasti suatu hari nanti bonda akan terbuka hati untuk menerimanya.

Walaupun begitu, Diana akui bonda jauh lebih baik dari Ez. Diana dapat rasakan seminggu ini sudah seperti setahun. Semua kerana sikap Ez yang dingin dengannya.

Dia masih teringat pada malam majlis resepsi di hotel minggu lepas, dia menangis sepuas-puasnya di dalam tandas. Ez keluar dari bilik hotel itu meninggalkan dia keseorangan. Entah pukul berapa Ez pulang ke bilik. Tanpa rasa bersalah dan tiada kata maaf pun keluar dari mulutnya. Diana sendiri tertidur dengan air mata yang berlinangan.

Sama juga sikap Ez dalam tempoh seminggu ni. Setiap malam Ez akan keluar entah ke mana. Kadang dia tidak pulang dari pejabat. Sedar-sedar esok pagi dia sedang nyenyak tidur di atas katil. Bila ditanya, tidak dijawab.

'Lantaklah kau nak pegi mana pun. Asalkan tak sakitkan hati aku'. Itulah fikir Diana selepas pernah beberapa kali soalannya pada Ez tidak dijawab.

Dalam tempoh seminggu ini juga Diana dapat rasakan dirinya semakin kuat dari segi emosi. Dia terpaksa terima nasibnya kerana tahu dia sudah terperangkap dalam hidup Ez. Allah sudah memberi ujian padanya dari hari pertama lagi di Villa Cempaka.

"Nah, kau ambik ni tidur kat sofa tu!"

Ez mencampak sebiji bantal dan sehelai comforter di atas lantai. Diana terdiam. Terkedu betul dengan arahan Ez.

Ez geram melihat Diana yang tidak memberi respon. Dia faham riak wajah itu.

"Of course lah. We won't share the same bed okay. Kau jangan ingat aku kasi kau tidur sebelah ni."

Perlahan Diana mengangkat bantal dan comforter. Dalam hatinya, sekuat hati dia menahan tangisan daripada tumpah. Dia tidak mahu menangis di depan Ez. Tidak akan!

"Kira okay la aku kasi kau tidur atas sofa. Bukan atas lantai. By the way, make sure every morning kau simpan balik semua tu dalam wardrobe. Aku tak nak maid nampak bila kemas bilik ni." Ez menyambung sambil menarik comforternya lalu memejamkan mata. Memang tiada rasa bersalah langsung.

Luluh hati Diana mendengar kata-kata Ez yang seperti tiada perasaan. Dia mula belajar sikap Ez dan cuba terima diri lelaki itu walaupun perangai macam penghuni neraka.

Sebagai ahli keluarga baru, Diana juga mula belajar tentang keluarga Ez. Bonda dan papa Ez keduanya mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja. Bapa Ez berasal dari Perak, anak kepada Tengku Rahman. Jadi tak hairanlah mereka berjumpa di hari pengebumian datuk tiga bulan lepas. Ah, malas diingatkan tentang kejadian pada hari itu. Sakit hati!

DIANAWhere stories live. Discover now