19

16.7K 775 4
                                    

Kelas al-Quran pertama dari Ashraf untuk keluarga di Villa Cempaka berjalan dengan lancar. Semua orang di rumah ikut serta termasuklah Mak Mah dan Nonie.

Armel pula tidak ikut serta kerana oncall pada malam itu. Dia sendiri turut terkejut mendengar perubahan Ez dari bondanya. Dia akui sebenarnya rasa malu masih membuak hendak mengikut kelas itu kerana dia masih tidak lancar membaca al-Quran walaupun kalimah yang pendek.

Selepas Ashraf pulang dari Villa Cempaka, mereka semua berbual di ruang tamu kedua.

"Baguslah Ustaz Ashraf tu. Papa suka cari dia ajar. Senang nak faham." Papa mula mengatakan tentang Ashraf yang sangat bagus dalam mengajar al-Quran.

"Tu lah. Bonda pun tak adalah pandai sangat. Tapi bila dia ajar, kita baru la faham. Senang nak ikut apa dia ajar." Bonda turut bersetuju.

"Dia la yang ajar Ez dari mula untuk baca Quran. Kenal balik semua huruf. Revise sebab...hehe lama tak baca." Ez tersengih membuat muka tak bersalah.

Mereka ketawa melihat Ez. Tahu perangai anak mereka itu yang keras kepala tidak mahu belajar Quran sejak bersekolah di London.

"Hmmm... bonda, papa. Ez nak cakap sikit boleh?" Suara Ez tiba-tiba berubah serius.

"Yes. Sure." Papa menjawab.

"Emm...next week kan start puasa. Ustaz Ashraf ada ajak Ez untuk join satu program kat Indonesia. Program macam belajar agama kat madrasah. Fokus program tu untuk orang yang baru nak belajar agama, macam Ez ni. So Ustaz Ashraf saja je offer kat Ez sebab dia salah seorang volunteer pengajar."

"Ohh. Bagus program tu. Lepas tu?" Papa menyoal.

"He's not making it compulsory for me. Tapi....Ez ingat nak join."

Papa dan mama menoleh sesama mereka. Tak sangka Ez berminat program sebegitu tapi mereka tahu yang Ez dalam proses untuk berubah.

Papa terus mengangguk tidak mahu pertanyaan Ez tergantung.

"Sounds not bad. Berapa lama program tu? And bila Ez nak pergi?" Soal papa.

"About 3 weeks. Tapi, bukan pergi untuk join program je, Ustaz Ashraf tu memang ada a few close friends kat sana and he wants to celebrate Ramadhan and.... also raya kat sana this year. Dia ada join charity program for Ramadhan and Ez willingly to join that too." Ez menghentikan kata selepas melihat riak wajah bonda berubah. Dia tahu mereka mula memahami maksud Ez.

Dia perlahan menyambung lagi.

"So about 2 weeks Ez gerak and inshaaAllah.... Ez raya kat sana. Ez just nak tanya opinion bonda and papa. Is it okay for me not joining u guys for eid this year? And don't worry I'll go when Arman come back to Malaysia."

Papa dan bonda terdiam. Hati bonda terasa berat.

"Bonda tak kisah cuma kalau Ez balik before raya tak boleh ke?" Soal bonda. Dia masih berharap Ez pulang untuk menyambut Aidilfitri supaya cukup semua ahli keluarga.

Timbul rasa bersalah dalam hati Ez.

"Bonda, Ez minta izin bonda untuk Ez pergi sana. InshaaAllah nanti raya kelima macam tu Ez balik lah."

Bonda masih mendiamkan diri. Ez menyambung lagi.

"Ez kan baru nak belajar balik pasal agama yang selama ni Ez tinggal. Ez masih dalam fasa awal untuk berubah. Tahun ni Ez nak cuba puasa penuh. Mungkin kat sana Ez ada orang lain yang support so maybe it is better for me. Lagipun, kalau balik raya nanti apa Ez nak jawab kalau orang tanya tentang Diana especially nenda."

Bonda terkedu. Keluarga besar mereka masih belum tahu ketiadaan Diana. Jika ada perjumpaan keluarga, setiap kali itulah Ez menipu mereka yang Diana mempunyai hal lain. Takkan raya pun tidak pulang kerana hal lain. Dan Ez juga tidak mahu keluarga itu menyangka Diana sudah tawar hati kerana perjumpaan keluarga di rumah Tok Hisham dulu. Walaupun Ez tahu, peristiwa itu turut menambah luka pada hati Diana selama ini.

DIANAWhere stories live. Discover now