32

18.6K 678 34
                                    

Ding dong!

Kedengaran bunyi loceng tanda ada orang di luar. Diana yang berada di dapur ke depan untuk mengintai siapa yang bercakap dengan Mak Mah di pintu.

"Siapa tadi tu Mak Mah?" Soal Diana.

"Orang hantar baju."

Mata Diana terus tertancap pada dua helai pakaian yang tergantung dan berbalut dalam suit cover.

"Oh baju untuk siapa ni?"

"Untuk Diana la!" Mak Mah jawab sambil tersenyum lebar.

"Haa? Baju untuk apa ni?" Riak wajah Diana berubah hairan.

"Aik Diana tak tahu ke?" Wajah Mak Mah berubah berkerut.

Diana menggeleng.

"Tak tahu apa-apa pun."

"Laaa Ez tak bagitahu ke?"

"Tak ada pulak." Giliran Diana pula berkerut.

"Hmmph dia lupa la ni. Tak apa nanti Ez bagitahu la tu."

"Tapi baju untuk apa ni Mak Mah ? Abang Ez ada event ke?"

"Aah malam ni katanya."

"Seriously malam ni? Kenapa la Abang Ez tak bagitahu Diana."

Tiba-tiba bunyi telefon Diana berdering di dapur. Segera Diana berlari untuk mengangkat. Panjang umur melihat nama yang tertera di skrin.

"Hello assalamualaikum."

"Waalaikumsalam Diana. Ada baju sampai eh tadi?" Ez yang sedang berada di pejabat menyoal Diana.

"Ada. Baru je. Baju apa ni, awak? Mak Mah kata untuk saya."

"Aah. Sorry sebab saya betul-betul terlupa pasal dinner ni. Pagi ni saya terus book baju untuk awak tapi pergi meeting pulak, lupa lagi nak inform awak. Ni butik tu baru call dia dah hantar baju tu baru saya teringat. Awak ikut sekali tau dinner malam ni." Terang Ez.

"Dinner apa?"

"Ni annual dinner. There will be many executives from different companies. Don't worry, partners are invited. Boleh kan?" Ez menyoal lembut.

"Hmmm... okay." Jawab Diana teragak-agak.

Ez yang perasan suara Diana seperti tidak berminat tergelak kecil.

"Jangan la macam tu. Macam tak nak ikut je. Ikut la, awak kan wife saya. Takkan saya nak bawak orang lain."

"Saya tak kisah lagi-lagi kalau awak nak bawak Mak Mah. Lagi saya suka."

Ez melepaskan ketawanya. Terhibur dengan kata-kata Diana yang seperti menyindirnya.

.

Malam itu sejurus solat Maghrib, Diana terus bersiap untuk ke majlis makan malam itu. Dia sudah mengenakan gaun labuh berwarna hitam dari fabrik yang terdapat shimmer berwarna keemasan. Gaun itu mempunyai chiffon drape berwarna hitam di bahu hingga ke pinggang yang membuatkan Diana nampak lebih elegan.

Diana mengenakan sendiri solekan smokey eye yang sesuai dengan gaunnya. Dia turut mengenakan selendang matte satin berwarna bronze. Tidak dilupakan aksesori cincin, clutch dan kasut tumit tinggi jenis peep-toe berwarna hitam melengkapkan lagi penampilan Diana malam ini.

"Okay done!" Dia tersenyum melihat dirinya di cermin selepas selesai. Segera dia keluar dari bilik tidurnya kerana tahu Ez sedang menunggunya di bawah.

"Ya Allah. Cantiknya Dianaaa!!!" Jerit Mak Mah dari bawah yang melihat Diana sedang berjalan keluar dari lif.

DIANAWhere stories live. Discover now