-Bab 1

109K 4.7K 327
                                    

1. Your bodyguard.

KELOPAK mata dikedipkan buat beberapa kali tatkala mendengar kenyataan yang baru sahaja diucapkan oleh Datuk Azlan, Papanya.

Nafas dihela perlahan, kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh. Anak mata gadis itu menikam tajam ke dalam anak mata Datuk Azlan.

"I don't want to." Ringkas namun tegas sahaja jawapan yang diberikan oleh gadis itu. Wajah tidak memaparkan sebarang riak, hanya mata yang menjelaskan tentang segala rasa.

"Kenapa pula tak nak?" Datuk Azlan menyoal dengan sangat lembut, seakan langsung tidak terkesan akan bantahan anak gadis bongsunya.

"I don't know. I just tak nak dan tak setuju dengan apa yang you cakapkan tadi." Helaian rambut yang jatuh mengenai batang hidung mancungnya dirapikan semula. Datuk Azlan tersenyum kecil.

"Papa tak tanya pun sama ada Yasmeen setuju atau tidak." Dengusan dilepaskan, Yasmeen Alana memalingkan wajahnya menghadap ke arah lain. Seakan tidak mahu melihat wajah Datuk Azlan.

"Ini untuk keselamatan Yasmeen kalau Yasmeen nak duduk di Malaysia. Papa tak ada dekat sana nak tengok dan jaga Yasmeen. Jadi Papa kena hire someone untuk protect you di sana." Yasmeen memejamkan rapat kelopak mata, bibir bawah digigit.

"I can protect myself, Papa." Kini sepasang mata cantik milik Yasmeen betul-betul menikam anak mata Datuk Azlan. Lelaki yang berusia 50-an itu hanya tersenyum.

"No. You can't, my sweetheart." Lembut sahaja Datuk Azlan melawan anak gadisnya itu. Yasmeen menghela nafas kasar, kepala digelengkan dengan perlahan.

"I don't need bodyguard untuk protect I." Nada suara Yasmeen masih sama, kedengaran lembut namun tegas. Datuk Azlan menyandarkan belakang tubuh pada kerusi. Wajah jelita anak gadis bongsunya itu direnung penuh teliti.

"Then you tak perlu balik Malaysia. Stay with me dekat sini." Datuk Azlan menjungkitkan keningnya, senyuman manis makin terukir pada wajah apabila melihat reaksi wajah Yasmeen Alana yang sudah berubah.

"Abang Yazir ada dekat sana and he can protect me lah." Tegang wajah Yasmeen ketika itu manakala Datuk Azlan menggelengkan kepala.

"Yazir yang suruh I sampaikan semua ni pada you. Dia yang nak I hire someone to protect you. Ini bukan cadangan I sendiri pun sebenarnya." Rahang gemeletuk kuat, gigi terketap kasar. Yasmeen menutup kelopak mata rapat, tangan dikepal kencang.

"So you ada bantahan lagi?"

BAM

Datuk Azlan tenang melihat Yasmeen Alana yang sudahpun berdiri setelah menumbuk permukaan meja. Wajah gadis itu merah menahan marah.

"I hate you." Yasmeen terus keluar dari pejabat milik Papanya, langsung tidak berpaling melihat belakang.

Datuk Azlan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Sudah biasa dengan sikap biadab gadis itu.

"Degil." Ujar Datuk Azlan dengan perlahan, nafas dihela lembut. Dia perlu berkeras dengan gadis itu, tidak boleh mengikut semua kemahuan Yasmeen.

Namun gadis jelita tersebut jenis yang akan ikut sahaja apa yang disuruhnya walaupun pada mula, Yasmeen membantah dan melawannya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now