-Bab 28

43.7K 3.4K 296
                                    

28. Falling in love.

YASMEEN segera membuka pintu bilik apabila ketukan pada pintu tersebut kedengaran buat beberapa kali.

Kelihatan wajah tampan Jibrail terpampang di hadapan pintu. "Kenapa?" Soal Yasmeen bersama kerutan di dahi.

"Saya nak ambil toto dalam almari." Ujar Jibrail dan masih berdiri di hadapan Yasmeen. Lelaki itu hanya memandang Yasmeen yang masih kaku.

"Okey." Yasmeen memberi ruang kepada Jibrail untuk masuk ke dalam bilik, lelaki itu terus melangkah masuk dan mendekati almari kayu yang terletak di tepi katil.

"Dalam ni tak ada aircond, kalau rasa panas. Buka sikit tingkap ni." Suara garau Jibrail memecahkan sunyi antara mereka.

Yasmeen hanya mengangguk perlahan, dia tidak kisah pun akan aircond tu sebenarnya.

Jibrail mengambil tiga beg plastik besar yang terisi dengan toto, wajah Yasmeen dipandang buat seketika. "Katil saya dah kebas. Kunci pintu. Esok bangun sebelum pukul 7." Pesan Jibrail sebelum lelaki itu terus keluar tanpa sempat Yasmeen hendak memberi sebarang kata.

Yasmeen menjengulkan kepala melihat luar biliknya, ruang tamu atas itu dipenuhi dengan sanak-saudara yang sedang mengemaskan tempat untuk mereka tidur.

Dari jauh Yasmeen memerhati Jibrail yang sedang sibuk membentangkan toto di atas lantai. Lelaki itu tampak sangat santai dan kacak.

"Kakak!" Tersentak Yasmeen apabila tiba-tiba seorang budak lelaki memegang tangannya.

Gadis itu segera memandang bawah bagi melihat budak lelaki tersebut, senyuman manis diberikan kepada anak saudara Jibrail itu. Anak kepada Zahin.

"Iman nak apa? Kenapa tak tidur lagi?" Soal Yasmeen sambil mengusap lembut kepada budak lelaki tersebut.

"Jom main!" Ajak Iman sambil menarik-narik tangan Yasmeen, terangkat kening gadis itu. "Main kejar-kejar dengan Iman!" Tambahnya lagi.

"Iman." Kepala Yasmeen segera berpaling memandang lelaki yang tiba-tiba sahaja berada di belakang Iman. Wajah Jibrail dipandang lama.

"Pak Long!" Iman melepaskan tangan Yasmeen sebelum memeluk kaki lelaki tersebut. "Iman nak main dengan kakak! Boleh tak Pak Long?" Soal Iman kepada Jibrail.

"Tak boleh. Dah malam, bukan masa untuk main. Malam masa untuk tidur, rehat." Yasmeen menyimpan senyumannya, dilihat sahaja Jibrail yang sudahpun mendukung tubuh kecil Iman.

Suka melihat lelaki itu melayan budak kecil, lembut dan sangat nampak sisi lain lelaki tersebut.

"Iman kena tidur. Kakak pun kena tidur." Tambah Jibrail, wajah Yasmeen dipandang sekilas.

"Okey lah." Iman yang rasa terpujuk dengan pujukan Jibrail hanya mengalah.

Senyuman lebar diberikan kepada Yasmeen. "Iman nak tidur dulu kakak! Bye bye." Jibrail meletakkan tubuh Iman di bawah sebelum budak lelaki tersebut berlari meninggalkan mereka berdua.

"Jibrail." Yasmeen segera memanggil Jibrail saat lelaki itu hendak meninggalkannya juga. Jibrail berpaling memandang Yasmeen.

"Abang kata you cuti seminggu. I nak ikut you. Kalau you stay sini seminggu, I pun nak stay sini seminggu." Ujar Yasmeen sambil anak matanya membalas renungan mata Jibrail.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now