-Bab 41

48K 3.3K 220
                                    

41. Break down.

YASMEEN mendekati Jibrail yang sedang mengemaskan pakaian ke dalam bagasi, petang nanti mereka perlu pulang ke rumah Jibrail.

Sudah tiga hari menetap di rumah Yazir dan hari ini Yasmeen sendiri yang membuat keputusan untuk mengikut Jibrail pulang ke rumah lelaki itu.

Yarid sudah pulang ke Korea semalam.

"Sayang..." Jibrail memalingkan kepala memandang ke arah Yasmeen apabila gadis itu tiba-tiba sahaja duduk di atas katil bersebelahan dengannya.

"Ya?" Soal Jibrail sambil tangannya masih lincah melipat bajunya dan baju Yasmeen untuk diletakkan ke dalam bagasi besar itu.

"Nanti I nak pergi kubur arwah Papa sekejap." Ujar Yasmeen dengan lembut, kedua belah matanya sudah tidak bengkak dan dirinya lebih bertenaga berbanding hari-hari lepas.

"I janji I tak buat perangai dah." Laju Yasmeen memberikan kenyataan itu saat Jibrail memandang lama wajahnya.

Tiada jawapan dari Jibrail, lelaki itu kembali menyusun pakaian ke dalam bagasi sebelum zip ditarik. Wajah Yasmeen dipandang lama sebelum nafas dihela perlahan.

"Boleh. Nanti kita pergi." Kata putus tersebut menyebabkan Yasmeen tersenyum lebar manakala Jibrail hanya sepi merenung wajah jelita yang baru hendak berseri semula itu.

NAFAS ditarik dalam apabil kereta Jibrail berhenti diluar pagar kawasan perkuburan Islam, dada yang tiba-tiba dihurung dengan rasa sebak diusap perlahan.

Jibrail melihat tindakan Yasmeen, memberikan ruang kepada gadis itu bertenang sendirian. Yasmeen memalingkan kepala memandang suaminya, senyuman nipis diberikan kepada lelaki itu.

"Are you okey?" Yasmeen mengangguk bagi menjawab soalan Jibrail, kepala yang berbalut dengan selendang itu diusap lembut oleh suaminya.

"Jom." Ujar Jibrail sebelum keluar dari kereta, baru sahaja Yasmeen hendak membuka pintu kereta belahnya namun Jibrail lebih pantas membuka untuk dirinya terlebih dahulu.

Yasmeen menggenggam tangan besar Jibrail, kaki melangkah memasuki kawasan perkuburan bersama rasa sebak yang mula menebal di dalam dirinya.

Sampai sahaja di kubur Datuk Azlan, Yasmeen memalingkan kepala memandang wajah Jibrail. Air mata yang ditahan tidak beri kerjasama dengannya, tumpah tanpa dapat dibendung lagi.

Hanya air mata tanpa suara. Jibrail merenung redup wajah Yasmeen, air mata diusap lembut dengan jari kasarnya.

"Don't cry." Perlahan saja nada suara Jibrail berbisik di telinga Yasmeen. Gadis itu menarik nafas perlahan sebelum kembali berpaling memandang kubur Datuk Azlan.

Surah Al-fatihah disedekahkan buat arwah Papanya, air mata yang menitik dibiarkan sahaja namun ada tangan kasar yang menyeka air jernih tersebut dari terus mengalir membasahi pipi.

Yasmeen bertinggung di sebelah kubur milik Datuk Azlan, Jibrail hanya berdiri di belakang gadis itu. Batu nissan putih yang tertulis nama Datuk Azlan diusap lembut oleh Yasmeen.

"I miss you Papa." Perlahan dan lirih saja suara gadis itu saat menuturkan ayat tersebut. Tiadak sebarang isakkan, hanya air mata yang mengalir tanpa henti.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now