-Bab 44

44K 3.3K 221
                                    

44. Cold.

YASMEEN mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan, kelihatan siling putih menyapa sistem penghilatannya menyebabkan gadis itu kembali memejam mata rapat.

"Yas?" Suara Yazir menerpa gegendang telinga, kelopak mata kembali dicelik luas sebelum kepala berpaling ke arah tepi.

Yazir mengukirkan senyuman nipis sambil mengusap lembut kepala adik bongsunya. Gadis itu memalingkan kepala melihat ruang dalam ward yang menempatkan dirinya itu seakan mencari sesuatu.

"Mana Jibrail?" Soal Yasmeen saat anak matanya menjamah wajah Yazir kembali, lelaki itu menghela nafas perlahan.

"Jibrail ada di luar. Nanti dia masuk. Yasmeen kenapa buat macam tu? Yasmeen tak kesiankan Jibrail?" Belum apa-apa lagi Yazir sudah menyoal perlahan, selepas saja tahu perihal semalam terus Yazir bergegas ke hospital.

Wajah mendung Jibrail ditatap penuh pengharapan, lelaki itu seakan penat dengan keadaan.

"I bosan duduk rumah. I tahu I salah, I minta maaf." Lembut sahaja Yasmeen berbicara, terasa pedih pipinya saat mulut bergerak menuturkan kata.

"Jangan buat lagi dah macam ni. Tahu tak semalam Jibrail hampir accident?" Apa yang dikatakan oleh Yazir menyebabkan Yasmeen hendak bangkit dari pembaringannya namun Yazir lebih pantas menahan tubuh gadis itu.

"Mana suami I? Dia okey ke?" Cemas Yasmeen menyoal menyebabkan Yazir mengangguk. Gadis itu menghela nafas perlahan, mata sudah berair akibat teringat akan hal semalam.

Hampir-hampir saja dia mati namun Jibrail sempat menyelamatkannya sekali lagi.

Banyak kali dia melawan dan tidak mendengar kata serta banyak kali jugalah dia menyusahkan suaminya, sedar akan kesalahan namun masih keras kepala suka mengulanginya berkali-kali.

"Yasmeen, dengar cakap Jibrail. Abang merayu sangat. Kalau Yas tak kesiankan Jibrail, tolong kesiankan diri Yas. Kalau semalam Jibrail tak sempat datang, Yas boleh bayang tak harini apa yang jadi?" Lembut Yazir menegur adik perempuannya, air mata Yasmeen yang mengalir diusap perlahan.

"I minta maaf." Ujar Yasmeen perlahan seakan hendak keluar tidak mahu keluar sahaja suaranya. Wajah Yazir dipandang bersama renungan redup.

"Minta maaf dengan suami Yas. Jangan degil lagi. Pujuk Jibrail kalau dia merajuk." Pesan Yazir menyebabkan Yasmeen mengangguk.

"Abang nak balik dulu. Ingat pesan abang." Yasmeen mengangguk akur, Yazir mengucup lembut dahi adiknya sebelum keluar dari bilik tersebut.

Kelihatan Jibrail sedang duduk bersandar sambil memejamkan kelopak mata, wajah lelaki itu tampak penat kerana tidak cukup tidur.

Yazir duduk di sebelah Jibrail, lelaki itu menghela nafas perlahan. Kesian melihat lelaki muda tersebut.

"Jibrail." Jibrail mencelikkan kelopak mata sebelum memandang Yazir yang berada di sebelahnya, mata lelaki itu merah dan redup.

"Yasmeen dah sedar. Masuklah. Dia cari kau." Ujar Yazir sambil melihat Jibrail, adik iparnya itu kembali memandang ke arah hadapan sebelum memejamkan kelopak matanya seakan mengabaikan apa yang dikatakan oleh Yazir.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now