-Bab 2

64K 4K 92
                                    

2. His gaze

POSTUR tubuh dibetulkan, tidak bersandar pada dinding namun sudah kembali duduk tegak apabila Datuk Azlan duduk berhadapan dengannya. Yasmeen hanya mendiamkan diri, kepala dipalingkan ke tepi seakan tidak mahu melihat wajah Papanya ketika itu.

"You hate me, sweetheart?" Yasmeen memejamkan kelopak matanya buat beberapa saat. Tidak menjawab langsung soalan yang diberikan oleh Tuan Yazir.

"It's okey. I faham. Cuma I nak you faham juga situasi sekarang, you lupa apa yang jadi 4 tahun yang lepas?" Sepi, masih tiada jawapan mahupun sahutan daripada Yasmeen.

Datuk Azlan tersenyum nipis, wajah anak gadisnya direnung dalam. Yasmeen menggenggam kedua belah tangannya, gigi diketap kuat.

"Boleh tak you tak perlu nak ingatkan balik perkara lepas?" Bentak Yasmeen bersama suara yang bergetar menahan sebak. Datuk Azlan hanya tersenyum tanpa membalas buat beberapa saat.

"I tak nak benda lepas berulang lagi." Ringkas namun padat apa yang disampaikan oleh Datuk Azlan. Yasmeen menghela nafas lemah, mata yang berair dikedipkan beberapa kali.

"Tolong dengar cakap I kali ni. I tak nak kehilangan you pula." Yasmeen hanya membisu, masih tidak memandang wajah Datuk Azlan.

"Yasmeen... Papa sayang sangat dekat Yasmeen. Papa tak nak kehilangan Yasmeen sama macam Papa hilang Mama Yasmeen." Lembut sahaja nada suara Datuk Azlan memujuk anak gadisnya itu.

Yasmeen menghela nafas, kepala dipalingkan untuk menghadap Papanya. Datuk Azlan tersenyum manis melihat mata Yasmeen yang sudah merah.

"Okey I ikut apa yang you nak." Makin melebar senyuman manis Datuk Azlan tatkala mendengar keputusan Yasmeen.

"Don't hate me—"

"I tak pernah benci you." Tapi I benci diri I, Yasmeen menjawab namun ayat belakang hanya bergema di dalam hatinya. Tidak mampu terucap dalam bentuk perkataan yang boleh didengar oleh sistem pendengaran.

Datuk Azlan tersenyum lebar. Anak mata mereka bertikam renungan sesama sendiri.

"Esok I teman you sampai airport. Nanti dekat sana, Yaz jemput you." Yasmeen hanya membisu tanda akur akan apa yang dikatakan oleh Papanya.

"And nanti Yaz kenalkan you pada someone yang akan protect you. Jaga kelakuan Yasmeen." Datuk Azlan menekan ayat belakang itu sedikit menyebabkan Yasmeen hanya mencebik.

"Okey okey." Yasmeen bersuara apabila Datuk Azlan masih merenung ke arahnya seperti hendak mendengar jawapan daripadanya.

RAMBUT hadapan yang jatuh mengenai dahi diraupkan kebelakang. Tuala kecil yang berada di atas meja diambil sebelum digunakan untuk lap peluh yang membasahi wajah dan tubuh sasanya.

Renungan matanya tajam bagaikan mampu menghiris kulit sesiapa sahaja. Wajah tampan namun bersulam riak bengis yang mampu menggegarkan hati sesiapa sahaja.

"Jibrail." Kepala ditolehkan untuk melihat orang yang memanggilnya. Kelihatan seorang lelaki bertubuh kekar sepertinya namun rendah sedikit sedang berdiri di hadapan pintu bilik gym.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now