-Bab 46

44.5K 3.3K 184
                                    

46. Good news.

JIBRAIL mengurut kepalanya yang terasa berdenyut, kelopak mata dipejam rapat bersama dahi yang berkerut seribu menahan rasa sakit.

"Sayang, kenapa ni?" Yasmeen yang baru sahaja masuk ke dalam bilik terus mendekati Jibrail yang sedang duduk di birai katil hanya dengan seluar tanpa baju.

"Pening?" Jibrail mengangguk perlahan tanpa mencelikkan kelopak mata. Yasmeen mengusap lembut pipi suaminya sebelum mengambil tuala yang berada di atas riba lelaki itu.

Rambut Jibrail yang masih lembab dikesat dengan perlahan, lelaki itu hanya membisu sambil merehatkan kepala pada perut isterinya.

"Tak payah lah pergi kerja kalau tak sihat macam ni." Ujar Yasmeen sambil meraupkan rambut suaminya, Jibrail menggelengkan kepala dengan perlahan.

Yasmeen hanya membisu, kepala Jibrail diurut lembut. Kini sudah masuk enam bulan mereka bergelar suami isteri, banyak perubahan sikap Jibrail yang dia lihat.

Dari tegas dan kasar menjadi lembut,

Lelaki itu sangat memahaminya.

"Tolong ambil baju saya." Yasmeen mengambil baju buat Jibrail sebelum lelaki itu menyarungkan pada tubuh sasanya.

"You nak makan ubat tak? I ambil kan." Jibrail menggeleng, Yasmeen mengelus kepala suaminya sebelum memberikan kucupan hangat di dahi lelaki itu.

"Nak I hantarkan you?" Soal Yasmeen lagi, risau saat melihat wajah Jibrail yang tampak pucat itu.

"Tak payah." Balas Jibrail sambil meraih pinggang ramping isterinya sebelum tubuh kecil itu dipeluk kemas. Haruman tubuh Yasmeen mampu menghilangkan rasa sakitnya.

"You sure ke boleh drive ni?" Soal Yasmeen masih tidak mahu membiarkan Jibrail memandu seorang diri, kepala suaminya dielus lembut.

"Ya sayang." Ujar Jibrail dengan perlahan, serak suaranya pada waktu itu. Yasmeen hanya mengeluh perlahan, lelaki tersebut benar-benar lain dari yang lain.

MATA dipejam rapat sambil tubuh disandarkan pada dinding, bibir terkemam kemas apabila terasa hendak muntah. Kelat air liurnya pada waktu itu.

"Inspektor Jibrail." Tegur lelaki yang berjalan mendekatinya, Jibrail celik separuh sahaja kelopak matanya sebelum kembali dipejam rapat.

Makin sakit kepalanya saat melihat cahaya dan juga sebarang pergerakan. Kepala ditunduk ke bawah sambil tangan mengurut lembut belakang tengkuknya.

Lelaki yang menegur Jibrail tadi terkebil-kebil apabila melihat lelaki yang berpangkat inspektor itu tampak seperti tidak sihat.

Baru saja dia mahu menyentuh bahu Jibrail, ada suara lain terlebih dahulu menegur.

"Kau kenapa Jibrail?" Haikal mendekati Jibrail, lelaki yang berada di situ memberikan tunduk hormat kepada Haikal sebelum meninggalkan dua orang sahabat tersebut.

"Sakit kepala." Balas Jibrail tanpa mengangkat kepalanya melihat Haikal, kepala digeleng berkali-kali cuba menghilangkan rasa sakit.

"Teruk sangat aku tengok ni. Kenapa kau datang? Duduk je lah dekat rumah." Haikal duduk di hadapan Jibrail sebelum melihat sahabatnya itu yang tampak benar-benar tidak sihat.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now