-Bab 47

46.4K 3.2K 138
                                    

47 His sweet side.

YASMEEN yang tidak boleh tidur terkebil-kebil di sebelah Jibrail yang sudah pun lama lena dibuai mimpi. Perut yang tiba-tiba terasa lapar minta di isi menyebabkan isteri Jibrail itu terus bangkit dari pembaringan.

"Teringin nak makan burger lah pula malam-malam ni." Ujar Yasmeen dengan perlahan, perut di usap lembut. Mahu dikejut Jibrail namun dia kesiankan lelaki itu yang mungkin penat.

"Jom anak mama sayang, teman mama buat burger." Yasmeen berbicara sendirian sambil melihat perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk, sudah masuk empat bulan.

Lepas saja mengetahui yang dirinya mengandung, Jibrail tidak pernah membiarkannya duduk berseorangan di rumah.

Lelaki itu siap mengupah bodyguard perempuan duduk bersama Yasmeen semasa Jibrail tidak ada di rumah kerana kerja.

Puan Zariah juga pernah datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menemani Yasmeen selepas sahaja mengetahui yang menantunya itu sedang membawa cucunya.

Yasmeen turun dari katil dengan perlahan, getah rambut di ambil sebelum rambut panjangnya di ikat kemas.

Kaki melangkah penuh berhati-hati keluar dari bilik tidur supaya tidak mengejutkan suaminya yang masih lena.

Yasmeen menuju ke arah dapur, lampu dibuka sebelum wanita itu bergerak mendekati peti ais. Bahagian beku di lihat, senyuman manis diukir lebar saat melihat daging burger yang masih ada.

Terus tangan mengambil plastik tersebut sebelum diletakkan di atas singki. Yasmeen meliarkan mata melihat sekeliling, bibir dicebik apabila mengetahui yang di rumahnya tiada roti burger.

"Tak ada roti burger." Ujar Yasmeen perlahan, pasrah betul dengan keadaan. Tak akan mahu menyuruh Jibrail keluar untuk mencari burger malam-malam begini?

Sudah pukul dua pagi.

"Roti biasa pun tak apa lah." Yasmeen mengambil roti potong yang ada di atas meja. Wanita itu kembali mendekati singki sebelum mengeluarkan daging burger yang agak keras kerana duduk lama di dalam peti.

"Hey..." husky, suara Jibrail menerjah lembut ke dalam sistem pendengaran. Yasmeen segera memalingkan kepala memandang Jibrail yang berada di belakangnya.

Lelaki itu memeluk Yasmeen dari belakang dan kepala di rehatkan pada bahu isterinya. Yasmeen mengukirkan senyuman manis sebelum memberikan kucupan lembut pada pipi Jibrail.

"Kenapa sayang bangun?" Soal Yasmeen sambil kembali mengelurkan daging tersebut. Jibrail membalas kucupan Yasmeen dengan memberikan ciuman hangat pada tepi rahang isterinya.

"Saya yang patut tanya awak, kenapa awak bangun my dear?" Yasmeen mengukirkan senyuman lebar saat suara serak basah Jibrail kedengaran seksi di telinganya.

"I nak makan burger." Terangkat kening Jibrail tatkala mendengar hal tersebut. Tubuh Yasmeen dipusingkan supaya memandang ke arahnya.

Terkebil-kebil Yasmeen apabila melihat Jibrail yang sedang memandangnya. Lelaki itu hanya memakai seluar tidak berbaju, rambut berserabai.

"Duduk. Saya buatkan untuk awak." Arah Jibrail sambil menarik lengan halus Yasmeen supaya mendekati meja makan, di suruh wanita itu duduk.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now